Misi Selempang Merah Jambu (ANC): Terdapat Pelbagai Bingkisan Di Sebaliknya




Di sebalik Selempang Merah Jambu, terdapat pelbagai bingkisan di sebaliknya.

Dulu aku seorang yang gagal. Gagal membawa harapan sekolah. SPM-ku lingkup, walhal aku adalah pelajar harapan. Guru-2 meramal keputusanku diumumkan di atas pentas utama, namun tidak kesampaian untuk sahut hasrat itu. Aku seorang pelajar Sains Tulen di mana subjek Sains Tulen semuanya bungkus.

Luluh, sayu melihat keputusan. Gagal menjadi idola dalam keluarga. Ku pohon UiTM melalui UPU untuk pengambilan pertama, namun aku gagal.

Rayuan? Pun gagal.

Bertambah sedihnya aku, bagai ditusuk sembilu.

Teruk sangat aku ni.

Aku ditawarkan STPM, aliran Seni. Aku masuk STPM selama sebulan. Huh, 180 darjah lari kursus.

Kemudian aku mendapat panggilan untuk memasuki Politeknik. Walk-in. Program? Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer). Jika tengok result, tengok mmg xboleh nak go, tapi apabila memikirkan ibu ayah, kita cuba.

Sepanjang satu semester di Politeknik, aku berjaya menyesuaikan diri. Aku juga menaruh harapan, memohon 2nd intake UiTM. Alhamdulillah, dapat program yg aku inginkan, Diploma Pentadbiran Awam.

Kini aku rasa serba salah. Mana satu hala tuju aku? Akhirnya aku pilih UiTM, sedangkan di Politeknik, aku berjaya mendapat AKJ (Di UiTM kita panggil AD - Anugerah Dekan). 8A 1B.

3 tempat pengajian dalam setahun. Peh.

Aku mula meragui keputusan aku. Namun, ibu ayah sentiasa beri sokongan. Ayah berkata bahawa dia yakin keputusan ini tepat.

Percaya pada diri.

Aku mula letakkan target sejak semester satu. ANC.

Alhamdulillah, walaupun pelbagai rintangan, ranjau dan onak duri yg perlu ditempuhi, kini aku adalah Penerima Anugerah Naib Canselor.

Bersyukur tak terkata. Satu kejayaan yg dihadiahkan untuk ibu ayah, guru dan kepada yg ada dgnku susah senang.

Barulah aku faham, erti pengorbanan, dan manisnya kejayaan.

Siapa berusaha, dia berjaya.

Tahniah Zeem. You deserve it.

Tapi.

Perjuangan kau belum selesai, kita perlu jadi aset bangsa negara yang first class dlm segala perkara. Monolog dalaman.

Sekian sahaja cerita di sebalik Selempang Merah Jambu.

Semoga semua terinspirasi untuk mencapai selempang ini. Amin.

Catat Ulasan

0 Ulasan