Coretan Anak Ibu: Sempena Konvokesyen UiTM




Coretan Anak Ibu

Teringat dulu masa zaman awal diploma iaitu semester 1, bahawa ayah berkata, aku kena belajar betul-2, dapatkan skrol diploma, nanti bolehlah bagi ibu pakai jubah konvo, dengan selempang ANC sekali.

Ayat paling membakar semangat, "Ibu tak pernah masuk universiti Zeem. Ibu tak pernah pakai jubah konvo. Belajar sampai SPM sahaja. So Azeem kena buat yang terbaik untuk ibu", kata ayah.

Aku sahut cabaran itu.

Pada tarikh keramat 20/4/2017, aku dianugerahkan Anugerah Naib Canselor serta Skrol Diploma Pentadbiran Awam (***) sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 86, manakala hari ulangtahun kelahiran ibu ialah pada 21/4.

Happy belated birthday ibu.

Gambar ibu tidak akan dimuat naik, kerana sudah cukup muat di lubuk sukma dan kotak fikiran.

InsyaAllah, dari semasa ke semasa, Azeem akan buat yang terbaik dalam pelajaran, seperti yang ibu hasratkan.

Azeem akan buat yang terbaik, supaya nama ibu dan ayah terpahat dalam buku konvokesyen kelak. Halaman khas, tersemadi dalam buku konvokesyen selamanya.
Anugerah Graduan Terbaik (AGT) UiTM SeMalaysia, Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama - Akan ku cuba dapatkannya.

InsyaAllah.

Engkaulah ratu hatiku,

Terima kasih ibu.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript