Pecah Sejarah; Siapa Sangka? Konvo Diploma 2 Kali

Gambar Konvokesyen Diploma Kali ke-2 @ UiTM Rembau

Tak pernah terdetik dalam hidup ini, akan bergraduat diploma lebih dari sekali.


Untuk tahun 2017, saya dinobatkan :

  • Anugerah Naib Canselor Diploma Pentadbiran Awam UiTM, sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 86, di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.
  • Anugerah Graduan Terbaik (AGT) Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi (Diploma) UiTM Seluruh Sistem, sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 87 di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.
  • Anugerah Graduan Terbaik (AGT) Kepimpinan UiTM Cawangan Negeri Sembilan, sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 87, di Dewan Biduanda, UiTM Negeri Sembilan Kampus Rembau.

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah.
Terima kasih, ibu ayah.
Terima kasih cikgu.
Terima kasih, adik-adik.
Terima kasih, rakan seperjuangan.
Terima kasih kepada yang menyokong dan mendoakan.

Man jada wajada. Siapa berusaha pasti berjaya.

Percaya pada diri, jalan kejayaan dipermudahkan, dan terbuka pasti.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Abg ada buat ptptn tak? Kalau dpt pointer tinggi kena byr jugak tk ptptn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada buat PTPTN. Untuk diploma, kalau dapat 1st class pun, tetap kena bayar full. Takde exemption. PTPTN ada exemption untuk peringkat ijazah sarjana muda / degree jika kita dapat 1st class.

      Untuk degree level saya tak dapat 1st class. Saya dapat 2nd class upper, so kena bayar macam biasa la.

      Baca di sini untuk maklumat lanjut: https://www.ptptn.gov.my/pengecualian-bayaran-blk-side

      Padam
  2. Nak tanya abg , saya memang minat dengan pentadbiran awam ..namun saya nak tanya ada ke pelajar bkn dari sekolah harian macam mrsm atau sbp yang masuk ke diploma ini, bila saya mula bercakap perkara ni pada kawan kawan saya mereka mula kata "DIPLOMA??" ..itu yang membuatkan saya runtuh semangat..abang ada apa² nasihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika minat, teruskan!

      Orang-orang terpaling "bijak pandai" memang macam tu. Suka merendah-rendahkan course atau program diploma tanpa mengetahui diploma tu apa. Buat apa IQ tinggi tapi akhlak rendah?

      Abaikan je mulut orang, sebab mulut manusia ni suka bercakap, mengata.

      Padam
    2. Jika minat Diploma Pentadbiran Awam, teruskan.

      Ada je pelajar2 MRSM, SBP yang ambil course ni. Ramai juga kawan2 saya yang straight As SPM masuk course ni.

      Hiraukan apa orang lain nak kata. Saya dulu pernah je orang kata, "serious la nak ambil course kerani?". Saya buat bodoh je. Sebab, saya tahu apa yang saya nak. Plus, DPA bukan course kerani. DPA ialah mengenai cara nak mentadbir sesebuah kerajaan.

      Saya dah buktikan pada diri sendiri dan orang lain sehingga saya menjadi ikon fakulti.

      Inilah nasihat saya.

      Padam