Sesi Bersama YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau




Pengalaman berharga bersama YB @khairykj, Ahli Parlimen Rembau merangkap Menteri Belia Dan Sukan.
Sebelum ini, berselfie sahaja dengan YB, semasa program TN50 di Jalan Semarak, KL. Kali ini, berdialog terus dengan YB, selaku Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Negeri Sembilan.

Antara perkara yang dibincangkan antara MPP dan YB KJ ialah perihal pembangunan UiTM Kampus Rembau dan pembangunan Daerah Rembau, iaitu,

1) Network coverage. Network coverage di kawasan Rembau tidak memberangsangkan. Tiada line. MPP mencadangkan agar pemasangan pencawang ataupun menara telekomunikasi diwujudkan untuk kemaslahatan penduduk setempat, masyarakat dan warga kampus.

2) Parkir Kenderaan. Mewujudkan parkir kenderaan tambahan di luar premis UiTM, untuk kemaslahatan warga kampus, dan masyarakat setempat. Ini juga dapat membantu Warga UiTM yang mencecah 3000 pelajar, tidak termasuk staf, untuk kemudahan parkir, khususnya pelajar NR iaitu Non-Resident.

3) Jalan Raya. Menurap jalan, dan menambah bilangan lampu jalan bagi mengelakkan kemalangan berlaku, dek kerana kemalangan banyak berlaku antara pelajar dan penduduk di kawasan berdekatan UiTM kerana jalan gelap dan berbahaya.

4) Isu Penempatan Pelajar. Cadangan pertama, menetapkan harga kadar sewa rumah di kawasan berdekatan UiTM Rembau, bagi mengelakkan pihak yang mengambil kesempatan terhadap pelajar. Cadangan kedua, mewujudkan taman perumahan universiti, dikhususkan untuk pelajar UiTM. Sekurang-kurangnya inisiatif ini dapat menjaga keselamatan pelajar serta kebajikan mereka.

5) Mewujudkan Pusat Perniagaan berdekatan UiTM. Membantu masyarakat setempat untuk berniaga di kawasan luar UiTM. Membuka periuk nasi, dan membantu pelajar-pelajar UiTM untuk mencari barangan keperluan, makanan dan lain-lain. Nak ke pekan, 15 minit dari UiTM Rembau. Penubuhan Pusat Perniagaan ini akan membantu seluruh warga UiTM dan masyarakat, dan dapat membangunkan kawasan Pilin, Rembau.

Itulah sedikit sebanyak perbincangan antara MPP dan YB KJ.

YB KJ sedia maklum perkara ini dan akan dibawa ke peringkat atasan. Moga dipermudahkan urusan.

Terima kasih YB, sudi luangkan masa, datang ke kampus Rembau!

Jumpa lagi YB, insyaAllah.

YDP

Catat Ulasan

0 Ulasan