Amanat YDP MPP UiTM Negeri Sembilan 2017/18 Kepada 328 Pelajar Baharu




Amanat Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Negeri Sembilan Sesi 2017/18 kepada 328 pelajar baharu.

Ringkasan Amanat :
  1. Jadilah pelajar yang membanggakan kedua ibu bapa, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan tanah air.
  2. Dunia di universiti amat berbeza dengan dunia persekolahan. Pastikan kedatangan anda di UiTM mempunyai objektif yang kukuh, iaitu belajar bersungguh-sungguh demi orang tersayang dan untuk kebaikan diri sendiri, supaya tidak menyesal di kemudian hari.
  3. Pilih kawan yang memberi motivasi, dan janganlah ikut kawan-kawan yang menjatuhkan kita.
  4. Anda semua pelajar terpilih oleh Tuhan Yang Maha Esa untuk memasuki UiTM. Gunakan peluang dengan sebaiknya.
  5. Jadilah pelajar yang cemerlang gemilang dan terbilang dalam segala aspek. Bukan sahaja di atas kertas, namun ilmu di luar kelas jua.
  6. Saya mendoakan agar 328 pelajar yang ada di hadapan saya pada hari ini, kekal sehingga semester akhir, bergraduat pada masa yang ditetapkan dengan penuh cemerlang, mencapai Aspirasi UiTM.
  7. Selamat menjalani kehidupan sebagai mahasiswa. Semoga dipermudahkan urusan oleh Sang Pencipta.
  8. Akhir sekali, doakan akak-2 dan abang-2 yang kini sedang menjalani peperiksaan akhir, termasuk saya. Namun kerana cinta dan komitmen terhadap UiTM dan pelajar baharu, kami tampil jua. Berterima kasihlah jua kepada Pemimpin Mahasiswa kerana mereka sanggup berbakti untuk anda dan UiTM.
Sekian, wassalam.

Gambar oleh : TREC HEP @ Uitm Seremban

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript