Sajak Buat Guru







SAJAK BUAT GURU

Apabila diri ini menjadi guru,
Kusedar kerjaya ini bukan mudah,
Kadang kala luntur semangat berjuang,
Mendidik anak bangsa pelbagai ragam,

Apabila diri ini menjadi guru,
Kusedar kerjaya ini memerlukan ketabahan,
Mengajar murid walaupun mereka melawan,
Membimbing mereka dengan harapan,
Agar menjadi orang yang berguna,
Berjaya dalam dunia realiti,
Penuh ranjau dan onak duri.

Apabila diri ini menjadi guru,
Kurasai sendiri rintihan guru-guruku,
Kesabaran mereka menghampar ilmu,
Menanda buku di malam waktu,
Dimarah dimaki dicaci oleh pihak tertentu,
Namun masih teguh mengajar tanpa jemu.

Wahai guru-guruku,
Aku bangga menjadi guru.
Meskipun kini daku rakan sekerjamu,
Kamu semua tetap guruku,
Panggilan keramat tetap terpahat,
Terima kasih wahai cikgu.

Oleh :
Guru Sandaran
Ketua Pelajar Sesi 2011/2012
SMK Seksyen 19, Shah Alam





Catat Ulasan

0 Ulasan