Amanat MDS Terakhir


Ucapan YDP MPP UiTM Negeri Sembilan Sesi 2017/18 @ Perasmian Penutupan Minggu Destini Siswa UiTM Negeri Sembilan Sesi Sept 2018.-
30 Ogos 2018, Khamis.
-
Ringkasan pesanan kepada pelajar baharu.

1. Masuk UiTM mesti kena pasang matlamat. Nak jadi pelajar cemerlang? Banggakan mak ayah? Nak dapat ANC dan AGT? Tetapkan matlamat dari awal, supaya seandainya terjadi ribut taufan sekalipun dalam kehidupan, kita masih berpegang pada matlamat.

2. Setiap hari kita membuat pilihan. Nak bangun tidur pun kita buat pilihan. Nak makan apa pun kita buat pilihan. Maka, nak berjaya pun, kita yang buat pilihan. Nak berjaya atau gagal? Anda pilih.

3. Jadilah pelajar yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Jangan jadi skema dan jadi pelajar 4K - Kuliah, Kafe, Katil, Komputer. Jadilah pelajar yang mengembangkan potensi diri dengan memanfaatkan masa yang ada dengan aktiviti berfaedah. Belajar elok-elok supaya kita akan direbut-rebut oleh majikan selepas habis belajar nanti.

4. Yakinlah dengan ketentuan Ilahi meletakkan saudara saudari di sini, kerana Tuhan sebaik-baik perancang. Lupakan kisah lalu, ambil pengajaran, lihat dan pandang ke hadapan. Kalau dulu kita gagal dapat keputusan yang cemerlang, sekaranglah masa nak tebus balik. Mungkin anda semua adalah #championstudents dan pelajar yang akan menaikkan nama UiTM ke peringkat negara dan antarabangsa.

5. Akhir sekali ialah peluang. Peluang datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah peluang belajar, peluang sertai program, peluang mengendalikan program, peluang menjalani aktiviti kesukarelawanan dan sebagainya. Ambillah peluang yang ada di UiTM. Kalau nak join, join. Jangan ikut kawan. Ikut kata hati. Jangan biarkan kawan kita menjadi asbab kita terhalang untuk join. Jangan persiakan 3 tahun tempoh pembelajaran dengan 4K sahaja.

Jadilah orang muda yang banyak pengalaman di usia muda, supaya tidak menjadi orang yang membosankan di usia tua. Jadilah orang yang menghargai peluang, kerana peluang tak selalu datang dua kali.

Wassalam.

#UiTMN9 #Waghih #UiTMNine #MPPUiTMN9 #PencetusWadahKepimpinanMahasiswa

Catat Ulasan

0 Ulasan