Pembubaran Rasmi MPP 2017/18


23:24PM
1/11/2018
Tarikh Pembubaran MPP

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Didoakan semua Presiden, Mahasiswa dan Staf sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya. Semoga kalian dipermudahkan segala urusan oleh-Nya.

Merujuk kepada perkara di atas, saya, Ahmad Azeem Bin Ahmad Raslan, Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan Sesi 2017/18, mewakili semua MPP UiTM Negeri Sembilan, ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Presiden Persatuan, Mahasiswa, Kakitangan UiTM Negeri Sembilan yang sentiasa memacu gagasan MPP bagi mengangkat martabat UiTM N9 ke arah UiTM terbaik dan glocal.

Dalam tempoh satu penggal ini, pelbagai cabaran yang kami hadapi, tetapi dengan adanya kalian selaku akar umbi dan penyokong, pelbagai masalah dapat diatasi.

Kami ingin memohon maaf atas segala salah silap MPP sepanjang perkhidmatan selama satu penggal ini. Mohon maaf sekiranya MPP tidak melaksanakan tugas dengan baik. Namun, selaku MPP, kami cuba melaksanakan tugas untuk kebaikan abata (agama, bangsa dan tanah air) kita.

Bangsa Melayu dan Bumiputra perlu bersatu, bagi memastikan salah satu agenda UiTM itu berjaya: Melahirkan mahasiswa bertaraf global, first class thinker.

Akhir kalam, terima kasih atas komitmen dan sinergi sepanjang satu penggal ini. Saya doakan Caretaker dapat menjalankan tugas 1001 kali lebih baik dari kami.

Berjumpa kita di puncak kejayaan.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Pencetus Wadah Kepimpinan Mahasiswa

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Negeri Sembilan Sesi 2017/18

#MPPUiTMNS #MPPUiTMN9 #MPP1718 #MPPCare #PencetusWadahKepimpinanMahasiswa

Catat Ulasan

0 Ulasan