YDP MPP UiTM Negeri Sembilan Sesi 2017/18 Signing Off!



Sepanjang tarikh perkhidmatan MPP bermula dari 21 September 2017 sehingga 31 Oktober 2018, pelbagai perkara yang saya hadapi dan tempuhi. Orang kata, ini adalah tahun paling mencabar buat MPP kerana bertemu dengan PRU-14. Anasir-2 politik akan menyelinap masuk ke kampus. Ternyata betul dan kami menangkis.

Dalam menakhodai satu organisasi terbesar mahasiswa yang menjaga tiga kampus iaitu UiTM Seremban, UiTM Kuala Pilah dan UiTM Rembau, seseorang itu memerlukan kesabaran, pengorbanan dan daya fikiran yang tinggi.

Memegang jawatan selaku MPP ini, mengajar saya untuk mengimbangi tugasan sebagai wakil mahasiswa, wakil universiti dan pada masa yang sama, tugasan hakiki sebagai pelajar. Belum cerita lagi tugasan pada agama, bangsa, keluarga, kerjaya, masyarakat, bakal isteri, rakan-rakan dan diri sendiri.

Susah nak fahamkan orang ramai mengenai tanggungjawab ini. Join dulu, baru tahu.
Caci maki, kena perli, hentaman herdikan itu perkara biasa dalam organisasi. Dari local ke global. Kadang-2 bukan salah kita, tetapi kita dipertanggungjawab untuk hal itu. It's a fact.

Sebagai pemimpin, kita perlu bergerak atas matlamat. Jangan bergerak atas pujian, kerana bila tidak dipuji, kita rapuh. Jangan pula bergerak atas cacian, bila dicaci baru nak berjalan. Bergeraklah atas matlamat, kerana apa jadi sekalipun, matlamat tetap tercapai dan tidak terjejas.

Pintu pemimpin ada tiga. Survive tiga pintu ini, maka insyaAllah kita boleh cuba galas tanggungjawab.
1. Bersedia untuk dimarahi
2. Bersedia untuk dicaci
3. Bersedia untuk tidak dihargai

Apa yang penting, kita tahu apa yang kita buat. Many people can talk big, but seldom did the action.

MPP adalah satu platform yang mengajar kita pelbagai perkara. Saya kira MPP adalah satu medan latihan elit.

Terima kasih Allah, kerana memberi saya peluang ini. Walaupun penat, sakit, (ada kalanya rasa nak berputus asa) tapi Allah beri kekuatan untuk rencanakan suara mahasiswa dan universiti pada pihak pengurusan dan kerajaan.

Alhamdulillah, suara kami (bersama dengan suara mahasiswa dan uni) didengari.
Mohon maaf atas kekurangan dari saya dan team saya sepanjang perkhidmatan.





Catat Ulasan

0 Ulasan