Majlis Apresiasi Mantan MPP, JPC, JPK, JPNR UiTM N9 Sesi 2017/18












14 Disember 2018
15:00PM - 19:00PM

Majlis Apresiasi Mantan MPP, JPC, JPK, JPNR UiTM N9 Sesi 2017/18.

Setelah sekian lama tidak berucap di atas pentas, saya diberi peluang sekali lagi, untuk berucap di khalayak ramai. Dulu berucap selaku perwakilan, kini selaku mantan.
Sempat juga bertemu MPP, bagi menyampaikan amanat, nasihat dan hala tuju MPP.
Saya turut diberi peluang untuk menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang. Macam-macam gelagat ada

Sempat juga bertemu dengan rakan-rakan sejawat MPP, JPC, bersama rakan-rakan JPK dan JPNR. Dapat juga bertemu @asyrafpozi dan @amalina_jamal setelah sekian lama.

Huh. Majlis yang mengamit memori.

Terima kasih atas jemputan, wahai Gabungan JPK UiTM N9. Terima kasih kerana meraikan kami, geng-geng mantan.

Semoga MPP Majlis Perwakilan Pelajar UITM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah baharu khususnya, dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah, adil, saksama dan komited.

Ingat, kita bergerak atas matlamat, bukan cacian mahupun pujian.

Apabila matlamat organisasi melebihi matlamat individu, maka organisasi itu akan berjaya.

Wassalam.

Catat Ulasan

0 Ulasan