Pertama Kali Dalam Sejarah: Jadi Emcee Cakap Bahasa Inggeris




Pertama kali saya pegang mikrofon sebagai Juru Acara Majlis (Master of Ceremony - MC ) adalah semasa saya berada di sekolah menengah.

Semuanya tercetus apabila saya menjadi seorang pengawas. Biasalah, kita ada jadual bertugas, dan saya akhirnya tugasan itu jatuh pada saya juga.

Awal-awal tu gugup lah. Mana pernah pegang mikrofon. Kalau pegang pun setakat nak baca doa semasa perhimpunan jelah.

Nak hilangkan gemuruh punya pasal, kita pun cubalah ikut tips-tips yang cikgu bagi seperti tarik nafas dalam-dalam, kemudian bila menghadap audiens, tengok cuping telinga mereka, dan cakap jangan laju-laju.

Lama-kelamaan, perasaan gemuruh itu dapat diatasi. "Stage Fright" tetap akan berlaku walaupun seseorang itu dah biasa bercakap, cumanya kita perlu tahu bagaimanakah cara untuk menghadapinya untuk redakan perasaan itu.

Ilmu ini terus menerus dibawa ke institusi pengajian tinggi sehingga kini, menjadi juru acara sana sini (selalunya untuk majlis rasmi). Ilmu MC turut membantu saya dalam mengacarakan forum sebagai mediator, panel dan kaca TV.

Semalam, 24 November 2019, saya diberikan tugasan ber-MC dalam Bahasa Inggeris, iaitu suatu perkara yang saya tidak pernah lakukan. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan segalanya dan kini saya ada lah pengalaman pertama mengacarakan majlis menggunakan medium Bahasa Inggeris. One more achievement unlocked. Alhamdulillah.

Pokok pangkalnya, kita perlu buat persediaan rapi dan kita perlu percaya diri kita boleh buat. Kalau bukan diri kita, siapa lagi kan?

We can do it!

Catat Ulasan

0 Ulasan