Berapa Lama Dah Dengan Bulan Sabit Merah Malaysia?







Saya terlibat dengan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) sejak Darjah 4 sampai hari ini (2020). Jumlah tahun terkumpul ialah 15 tahun iaitu dari 2005 - 2020.

Tapi untuk peringkat dewasa iaitu Ahli VAD (Voluntary Aid Detachment), saya terlibat sejak awal tahun 2013. Maksudnya, menjelang tahun 2020, dah 7 tahun aktif berkhidmat.

Gambar pertama tu diambil pada tahun 2013 manakala gambar kedua diambil pada tahun 2018. Untuk gambar tahun 2020, boleh check di post mengenai persediaan Coronavirus.

Minat saya pada BSMM sebenarnya terlalu mendalam. Saya enjoy buat kerja kemanusiaan. Secara tidak langsung, Sukarelawan BSMM sebenarnya berkhidmat untuk negara.

Dulu pernah bercita-cita nak jadi doktor. Profesion doktor berada dalam senarai top 5 dalam report card sekolah rendah.

Walaupun tak dapat nak jadi doktor, sekurang-kurangnya dengan haluan BSMM ini, saya dapat membantu orang ramai melalui pertolongan cemas, tugasan ambulans dan kerja kemanusiaan.

Di darat dan laut kita bersedia, walaupun diancam bahaya. BSMM gerakan sedunia, membantu semua yang menderita. Badan sukarela berkhidmat, dengan tabah dan bersemangat.
BSMM Di Hatiku.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript