BSMM Mempunyai Peranan Penting Dalam Menangani Pandemik


Antara salah satu tugasan sebagai Ahli @malaysianredcrescent ialah memberi kesedaran dan pengajaran kepada orang awam mengenai ilmu kesihatan.

Dengan ilmu yang saya ada, lagi-lagi selepas menduduki kursus atas talian berkenaan COVID-19 bersama World Health Organization (@who), saya merasakan ini adalah tanggungjawab saya untuk mendidik rakyat serta menyebarkan maklumat yang sahih dan tepat.

Itulah apa yang team saya, BSMM VAD 44 Shah Alam @mrc.vad44 cuba lakukan bagi membendung wabak COVID-19 ini.

Bagaimana? Dengan menyajikan infografik yang ringkas dan padat untuk rakyat Malaysia memahami; apa yang patut dibuat, dan apa yang tak patut dibuat; apa yang fakta dan apa yang mitos.

Pasukan lain di bawah BSMM Negeri Selangor dan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Petaling juga turut melakukan perkara yang sama.

Ada team kami ditugaskan untuk educate and give awareness to the public. Ada yang ditugaskan untuk ke hospital bagi membantu ahli perubatan dan jabatan yang tengah kritikal sekarang ni. Ada yang ditugaskan untuk mengumpul bekalan makanan dan barang keperluan harian untuk diedarkan pada pihak yang memerlukan.

Oleh itu rakyat Malaysia, ikutilah nasihat dan informasi yang telah digariskan oleh YDPA, YAB PM, KKM, WHO, IFRC dan BSMM.

Jangan pentingkan diri sendiri.

Patuhi juga Perintah Kawalan Pergerakan demi kemaslahatan kita semua, demi ummah dan negara tercinta.

Frontliners kita seperti doktor, jururawat, krew ambulans, pegawai perubatan, cleaner hospital, bankers, pegawai kastam, pegawai imigresen, pekerja pelabuhan, pekerja lapangan terbang, pekerja di sempadan, polis, sukarelawan, askar, food rider, despatch pos dan lain-lain, semuanya menjalankan tugas demi kebaikan rakyat di rumah.

Tugasan mereka jauh lebih tinggi risikonya daripada orang yang berada di rumah. Mereka terdedah dengan wabak ini. Oleh sebab itu, jom mudahkan tugasan mereka.

Semoga kita semua dilindungi daripada wabak #COVID19 yang semakin hari semakin meruncing ini.

Didoakan agar para frontliners akan terus kuat dan dipermudahkan segala urusan. Begitu juga dengan pesakit, semoga anda terus kuat dan disembuhkan penyakit.

Kepada JT yg belum buat saringan, pergilah buat.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript