Cerita Bulan Lepas Sebelum Masuk Kerja


Cerita bulan lepas sebelum masuk kerja.

Waktu ni sangatlah serabut dengan macam-macam masalah dan cabaran yang datang tanpa diundang.

Alang-2 Sarah ada urusan di Seremban, maka kami pun singgah lah berjumpa dengan Puan Farhana.

Biasalah kalau berjumpa, confirm kecoh. Dah lama xbersembang, so mmg sembang lama la kat Fareed sebelah UiTM ni. Drpd meja kaunselor ke meja mamak, haa lama tak lama tu hahahah. Bila puan dan Sarah duduk semeja, mmg aku kena roast la jawabnya hahah.

Maka, luahan demi luahan dikongsi. Pandangan juga diminta bagi membuka perspektif pemikiran selain sesi menyentuh jiwa bagi membuat keputusan hidup untuk merentasi cabaran onak duri.

Terima kasih puan, kerana menasihati saya dalam pelbagai perkara. Sejak tahun 2014 sampailah hari ini, saya masih lagi meminta pandangan. Puan mmg dah mcm mak angkat saya dah.

Allah bagi ujian yg sangat mencabar sebab kita mampu mengatasinya. Ujian hebat untuk orang hebat.

InsyaAllah, saya ingat pesanan puan. Saya akan buat yg terbaik.

Lain kali saya datang belanja puan makan ya. Doa yang baik2

Catat Ulasan

0 Ulasan