Throwback Gambar BSMM Tahun 2014


Gambar ni sewaktu saya baru cukup setahun sebagai Ahli Sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia pada tahun 2014.

Saya join BSMM VAD 44 Shah Alam, April 2013, sebaik sahaja beberapa bulan lepas tamat persekolahan.

Baru setahun jagung waktu ini. Masih banyak benda perlu dipelajari.

Sepanjang bersama BSMM VAD 44 Shah Alam banyak benda saya pelajari dari Komandan Amir Aziz pada waktu ini bersama team2 yang lain.

Semangat BSMM makin lama makin mekar dalam diri. Selain menjalankan aktiviti kemanusiaan, kita juga diajar memanusiakan diri sendiri menjadi orang yang lebih baik, matang dan mewujudkan sifat hormat menghormati antara satu sama lain, baik dalam percakapan dan perbuatan. Be professional.

Secara tidak langsung, ilmu-ilmu dalam BSMM, saya bawa ke tempat belajar, dan saya praktikkan apa yang saya pelajari di BSMM dalam kehidupan seharian dan kehidupan organisasi, demi meningkatkan keupayaan dan mutu diri sendiri dalam pelbagai perkara.

Hari ini saya masih setia dengan BSMM kerana misi kemanusiaan serta team BSMM VAD 44 Shah Alam yang mantap.

Daripada seorang ahli biasa dan kini menjadi seorang pegawai dalam tempoh 7 tahun, banyak benda saya pelajari dan banyak benda yang masih saya belum terokai.

Bulan Sabit Merah Malaysia tetap di hati sanubari.

Nak join jadi ahli BSMM? Roger saya. Let's do humanity work together

P/S: Maaf saya pakai kasut putih sebab waktu ni kasut basah. Xde kasut yang sesuai.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript