01. Pejam celik pejam celik, rupanya tinggal lagi sebulan lebih sahaja nak kena bentang dissertation dan juga online test.
02. Mod bekerja sambil belajar sememangnya menguji mental dan fizikal kita. Kebiasaannya Sabtu dan Ahad adalah waktu berehat namun sebagai pelajar part time Master, hari minggu adalah hari buat assignment dan online class.
03. Sedangkan saya seorang yang bujang pun terasa penat luar biasa, inikan pula yang sudah berkahwin dan beranak-pinak, macam mana la agaknya kan.
04. Semoga saya mampu habiskan Master semester ini dan mampu menyiapkan research sebelum pembentangan dissertation bulan depan serta menjawab online test dengan baik. InsyaAllah.