Kini Aku Seorang Pegawai BSMM


Kebanyakan ahli keluarga aku adalah seorang askar, seorang pejuang tanah air.

Ada yang PTT (Pegawai Tanpa Tauliah), ada yang Pegawai Muda, Pegawai Medan, dan ada juga yang pernah mencapai Pegawai Kanan RAMD. Ada juga yang berkecimpung dalam Komando ATM dan Paratrooper.

Ada yang masih berkhidmat, dan ada juga yang sudah pencen.

Aku juga berminat dalam askar, namun minatku itu aku sambung ke Malaysian Red Crescent (MRC), kerana sejak bangku persekolahan lagi aku sudah berkecimpung dalam Bulan Sabit Merah Malaysia (MRC).

Pejam celik, sudah masuk 17 tahun aku bersama dengan MRC.

Biarpun baju uniform berbeza, namun kita tetap di bawah naungan yang sama, iaitu Seri Paduka Baginda.

Biarpun baju uniform berbeza, kita tetap giat berjasa untuk negara. Tidak kira kaum dan agama, waktu aman atau bahaya.

Alhamdulillah, kini aku berjaya memakai satu pip di bahu kiri dan kanan. Bermakna bertambahlah komitmen, tanggungjawab dan pengorbanan.

Terima kasih atas kepercayaan, Pegawai Komandan!

Ucapan keramat, dulu angan-angan, kini tak sangka, menjadi kenyataan.

"Selamat bertugas, Tuan!".

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript