Mengimbau Kembali: Hari Pertama Di UiTM Seremban



Siri Bedah Galeri Memori #5
7 Jun 2014
.
Ini adalah first day saya dekat UiTM Seremban. First batch diploma yang merasmikan UiTM Seremban. Waktu masuk kolej, tilam masih berbalut dengan plastik. Dinding putih, cermin berkilat. Semua serba baharu.
.
Waktu ni dah semester dua. Semester satu dekat UiTM Kedah (Disember 2013 - April 2014). Pindah ke UiTM Seremban sebab UiTM Kedah adalah kampus transit sementara nak tunggu kampus tetap (UiTM Seremban) siap.
.
Waktu kampus ni baru buka, banyak lagi kelengkapan yang tiada. Pusat komersial dan UniMall sebelah UiTM tu tanah lapang, ibarat padang jarak padang terkukur. Anjing liar pun banyak dekat kawasan luar UiTM. Kedai makan terdekat yang ada pun dekat Restoran Amiza Tomyam (sekarang ni dah jadi Restoran Uncle Red Studio). Kalau nak beli barang ke ape, kena pergi area Pekan Rasah atau kedai runcit sederet Amiza Tomyam. Bus stop semua xde. Yang ada, prebet sapu, teksi dan van kunyit. Mesin ATM pun belum masuk lagi waktu tu. Bulan Julai 2014 rasanya baru dipasang.
.
Selaku first batch student diploma waktu tu, memang struggle la masing-masing. Sungguhpun begitu, kami tetap survive. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
.
Melihat kepada kekurangan yang ada di kampus (juga mengambil kira luar kampus), barisan pemimpin pelajar dari pelbagai persatuan termasuklah tunjang utama iaitu MPP, JPK dan JPNR telah merangka pelbagai idea dan pelan bagi memudahkan kebajikan pelajar dan warga universiti.
.
Alhamdulillah, banyak benda dah ada di kampus sekarang hasil perjuangan, keprihatinan pengurusan, staf (akademik dan bukan akademik) dan suara pelajar.
.
Suara pelajar melalui kepimpinan tertinggi pelajar amat berkesan sekiranya disampaikan dengan cara yang terbaik.
.
Check and balance. Kadang-kadang kita di atas tidak nampak apa yang berlaku di grassroot level. So menjadi tanggungjawab pelajar juga untuk sampaikan apa yang berlaku di bawah.
.
Sebab apa? Sebab #KitaJagaKita. Kita sama-sama warga universiti, nakkan yang terbaik untuk alma mater yang kita hormati.
.
Bagaimana caranya? Antaranya ialah kita (barisan kepimpinan) kenal pasti masalah, kemukakan cadangan jalan penyelesaian, bincang sama-sama, bermesyuarat dengan pelajar dan persatuan pelajar untuk dapatkan sokongan, kemudian bentangkan kepada pengurusan. Sekurang-kurangnya kita dah ikut carta alir yang profesional.
.
Sekiranya tak menjadi, kita boleh buat rundingan dengan cara yang baik, dan pertimbangkan kaedah yang sesuai mengikut keadaan semasa.
.
Usaha-usaha ini bermula sejak 2014 sehingga kini. Continuous improvement. Sebab tu ada pepatah Inggeris mengatakan, Rome was not built in a day.
.
Nak capai sesuatu, mesti kena ada matlamat yang jelas, penjelasan yang bagus serta sokongan yang kuat. Paling penting kena sabar. Macam buat bisnes. Kita xboleh expect pagi ni buat iklan, petang tu customer masuk.
.
Sepanjang saya belajar di UiTM Seremban, banyak benda yang saya pelajari dalam kuliah dan luar kuliah. Ilmu, pengalaman tersebut saya manfaatkan sehingga ke hari ini.
.
Memetik kata Bekas Menteri Republik Indonesia Pak Natsir, "Pemimpin itu tidak lahir di bilik kuliah, tetapi lahir daripada kancah masalah".
.
Terima kasih UiTM.
.



Catat Ulasan

0 Ulasan