Goalkeeper Bola Sepak #Sepakat


#MengimbauKembali
Siri Bedah Galeri Memori #6
Family Day DiPAC 2015

Terjumpa gambar lama ni. Lama sangat dah tak main bola padang ataupun futsal. Sekarang ni tengah PKPB dek COVID-19, lagi la tak ada peluang nak beraksi.
Waktu ni saya jadi goalkeeper Sepakat FC untuk Kejohanan Sukan Program Diploma Pentadbiran Awam. Kami berjaya menjadi juara keseluruhan. Kemudian kami ada friendly match dengan team Sports Recreation (mostly wakil UiTM N9). Saya berjaya save penalty, walaupun sepakan agak kencang. Akhirnya, kalah tipis 1-0. However, it was a very fun game.

Dari zaman sekolah lagi, posisi yang saya main ialah penjaga gol. Saya mewarisi minat ni sedikit sebanyak daripada ayah saya sendiri, sebab ayah saya pun penjaga gol juga kalau main bola. Selain daripada itu, sebab saya rasa penjaga gol ni, cool gila bila dia terbang dan save bola dari masuk gawang gol.

Salah seorang goalkeeper paling saya minat ialah Jens Lehmann a.k.a Mad Jens, Penjaga Gol Arsenal FC yang meraih kemenangan tanpa kalah pada musim 2003/2004. "The Invincibles" team.

Bila makin meningkat usia, banyak benda juga saya belajar daripada posisi goalkeeper ni.
Salah satunya ialah mindset. Mindset kena kukuh dan kita kena berpegang pada mindset tu. Mindset yang kukuh akan membuatkan kita mempunyai visi, misi dan matlamat.

Kita jangan bergerak kerana pujian, sebab kalau tak dipuji takut kita hilang semangat. Kita perlu bergerak atas matlamat, sebab dipuji atau dicaci, matlamat tetap jalan.

"The idea is not to block every shot. The idea is to make your opponent believe that you might block every shot." - Bill Russell.

"Most kids dream of scoring the perfect goal. I've always dreamed of stopping it". - Iker Casillas

Kedua ialah peluang.

Posisi goalkeeper ni tak seperti posisi lain. Hanya satu goalkeeper diperlukan dalam setiap match. Sekiranya seseorang itu dapat menjadi goalkeeper, dia kena buktikan kepada team dan coach bahawa dia layak untuk pegang posisi itu.

Peluang keemasan mungkin datang sekali sahaja, so kita jangan ambil mudah. Kita buktikan yang kita mampu menyandang jawatan / posisi / kerja / tanggungjawab itu.

"As a goalkeeper, you can't come off the bench for 10 minutes and prove your worth - it's either you're in or you're out" - Joe Hart.

Kita boleh ambil pengajaran dari setiap apa yang kita lalui, walaupun daripada sukan.
Apa yang penting ialah bagaimana kita melihat sesuatu.

Catat Ulasan

0 Ulasan