Anugerah Program Terbaik Agensi 2020 (Anugerah Perak), Kategori Bimbingan Secara Atas Talian: INSKEN BizLive


Alhamdulillah!

INSKEN telah mendapat:
Anugerah Program Terbaik Agensi 2020 (Anugerah Perak), Kategori Bimbingan Secara Atas Talian, bagi program:

INSKEN BizLive.

Anugerah ini merupakan anugerah peringkat Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MEDAC). Anugerah yang sangat bermakna.

Mana tidaknya, INSKEN juga bersaing dengan lagi 8 agensi lain yang hebat-hebat belaka di bawah seliaan MEDAC.

Secara ringkas, INSKEN BizLive merupakan program perkongsian online secara percuma di Facebook (FB), oleh BisKaunselor (Kaunselor Perniagaan Lantikan INSKEN), pakar industri, usahawan berjaya, pakar motivasi dan wakil agensi.

Tujuan utama BizLive diadakan adalah untuk membantu usahawan dengan pelbagai idea, tips, cara membangunkan bisnes sepanjang PKP.

156 sesi telah dijalankan (19 Mac 2020 - 23 Disember 2020),

Hampir 620,000 viewers direkodkan.

Sebagai salah seorang ahli Team BizLive, saya berasa sungguh gembira, dan berasa bertuah berada dalam projek ini.

Tahniah kepada Team BizLive! Jerih perih, susur galur onak duri, kepenatan dan pengorbanan digantikan dengan kejayaan.

Semoga program BizLive ini memberi manfaat dan impak yang besar kepada semua rakan Facebook yang menontonnya.

INSKEN akan terus membantu usahawan, tanpa lelah dan jemu.

Tags

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript