Hari Terakhir Puasa: Penghantaran Logistik Ke PPV


Hari terakhir puasa.

Hari ini, saya bersama rakan-rakan BSMM ditugaskan untuk menghantar bekalan makanan kering kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Inisiatif ini dijalankan di bawah Kempen Ramadan BSMM 2021.

Tempat yang kami pergi untuk hari ini ialah:
  • PPV Desa Puteri
  • MAEPS Serdang
  • PKD Petaling
  • PPV Universiti Malaya (UM)

Sumbangan ini datang daripada BSMM serta rakyat Malaysia, orang awam yang prihatin. Kami menghargai usaha anda semua. Anda memang terbaik!

Terima kasih kepada semua penyumbang serta sukarelawan dan staf yang menguruskan projek ini di hadapan dan di sebalik tabir.

Truly, we are #unstoppable.









Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript