Saya Positif COVID-19





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Dukacita dimaklumkan bahawa saya, Ahmad Azeem Bin Ahmad Raslan, telah disahkan positif COVID-19. Saya terima laporan penuh COVID-19 pada jam 8.40 pagi 21/5/2021. Kes kontak rapat.

MySejahtera saya pun dah bertukar warna merah.

  • Gejala yang ada pada saya ialah:
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Kepenatan / kelesuan
  • Selsema
  • Sakit tekak
  • Susah telan air liur


Gejala-gejala ni mula nampak pada 17/5 atau 18/5.

Kini saya sedang kuarantin di rumah.

Kepada siapa2 yang ada berjumpa saya antara 11/5 hingga 21/5, disarankan untuk membuat ujian saringan COVID-19 dan kuarantin di rumah.

Mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

Mohon maaf, buat masa sekarang saya tidak boleh aktifkan diri dengan kerja-kerja Bulan Sabit Merah Malaysia, kerja-kerja backline, midline dan frontline.

Semoga kita semua dihindarkan dari virus ini. Semoga yang dijangkiti, segera sembuh. 

InsyaAllah.

Doakan saya cepat sembuh juga. Terima kasih semua.

Catat Ulasan

0 Ulasan