Coretan Pegawai Teknikal FB LIVE DNA



Bertugas sebagai pegawai teknikal FB LIVE semasa Majlis Program Usahawan Bisnes Dropship dan Ejen (DNA) di Hotel Pullman, Bangsar.

Boleh tonton LIVE di sini:
https://fb.watch/8VNI0Yad5y/
*Sesi bermula pada minit 47:35. Ketibaan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh bin Haji Omar.

Dari zaman belajar diploma sampailah ke zaman kerja, memang tak lekang dari kerja-kerja teknikal. Hahaha. Banyak ilmu dan pengalaman ditimba dari semasa ke semasa.

Rasa gemuruh sentiasa ada. Selagi program tak habis, macam-macam masalah boleh jadi. Waktu tu minda kena tajam dan tangkas untuk selesaikan segala masalah yang ada. Adrenalin pasti meningkat, membuatkan degupan jantung berdetak lebih cepat. Tangan berpeluh walaupun duduk bawah pendingin hawa, tu memang perkara biasa.

Apapun, DNA ini apa sebenarnya?

Program DNA adalah program anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan kerjasama Protege Malaysia dan TEKUN Nasional.

Program DNA merupakan sebuah program yang terdiri daripada 4 komponen iaitu latihan asas perniagaan dropship, padanan bisnes, bengkel bersama pengasas produk dan insentif pendigitalan. Peserta program akan dilatih untuk menjadi usahawan dropship dengan modal perniagaan yang rendah serta diberikan insentif pendigitalan bagi membuat aktiviti jualan dan pemasaran menggunakan platform digital.

Setakat ini, INSKEN telah bekerjasama dengan 31 pengasas produk ternama di Malaysia seperti Zafesya Simply, PopChiz, Farm Fresh, Das Abdul Global, Lazz, Obsess Cosmetics, Sugar Bomb, NIMS (Choco Tub) dan banyak lagi untuk menjayakan program ini.

Program ini turut mendapat liputan media massa meluas di akhbar (cetak dan atas talian), media sosial dan kaca televisyen. Berikut adalah rakaman Buletin Utama TV3 pada hari Isnin, 26 Oktober 2021:

INSKEN menyasarkan untuk melatih 2000 usahawan dropship yang dapat menjana pendapatan minimum RM600 sebulan.

Nak tahu lebih lanjut, boleh pergi sini:

Nak masuk kelas? Boleh daftar di sini:
Dropshippers & Agents Programme (Kelas 101: Permulaan)
Tarikh : 30 - 31 Oktober 2021

Semoga dengan program ini, INSKEN berjaya memenuhi tujuan utamanya iaitu memperkasa ekosistem keusahawanan dengan melahirkan lebih ramai usahawan melalui program DNA, khususnya dalam kalangan graduan, penganggur, ibu tunggal, suri rumah dan lain-lain.





Catat Ulasan

0 Ulasan