Selamanya INSKEN Di Hatiku





SELAMANYA INSKEN.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua, hari Rabu (3 November 2021) ialah hari terakhir saya bersama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), sebuah agensi kerajaan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MEDAC).

Setelah hampir 2 tahun bersama organisasi ini, sudah pasti pelbagai perkara saya telah lalui, kecapi dan pelajari, termasuklah jerih perih menelusuri onak dan duri. Pengalaman pahit, manis, suka, duka akan menjadi asam garam, nostalgia dan memori lipatan sejarah belaka.

Saya bersyukur dapat bekerja dengan INSKEN. INSKEN memainkan peranan yang amat penting dalam memperkasa ekosistem usahawan di semua strata secara holistik. Perasaan dapat membantu usahawan itu adalah perasaan yang seronok. Kita rasa puas hati sebab kita berbakti kepada masyarakat tidak mengira kaum dan agama, waktu aman atau bahaya. Semuanya dibuat demi kemaslahatan negara tercinta.

Terima kasih seluruh warga INSKEN (pengurusan dan semua jabatan) khususnya Jabatan Pemasaran & Perhubungan Awam (MPR) atas segala ilmu, peluang dan pengalaman yang dicurahkan.

Pasukan saya iaitu MPR (Nina, Khyruz, Ezzemet, Atiqah, Haziq, Natasha) dan Khair (ex-MPR namun selamanya MPR); saya seronok bekerja dengan anda semua. Kalian telah banyak membimbing dan membentuk saya menjadi pekerja yang baik dari semasa ke semasa. Segala nasihat yang diberikan, akan saya ingat dan amalkan.

Walaupun saya tidak akan berada dalam pejabat ini lagi, semoga kita semua saling berhubung dan menjaga silaturahim seperti sedia kala.

Akhir kata, saya ingin memohon maaf kepada semua warga INSKEN atas kekhilafan saya sepanjang berkhidmat di INSKEN.

Semoga misi dan visi INSKEN sentiasa tercapai, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030. InsyaAllah. Pimpinan CEO En. Firdaus sentiasa progresif.

Saya akan uar-uarkan INSKEN ke orang ramai, selagi hayat dikandung badan. INSKEN perlu dikenali dengan inisiatifnya yang tertumpu untuk membantu golongan usahawan.
Sekian, terima kasih.

AHMAD AZEEM BIN AHMAD RASLAN
Eksekutif Jabatan Pemasaran & Perhubungan Awam
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Kenapa awak berhenti di INSKEN?

    BalasPadam
  2. Oh INSKEN ni kira badan berkanun ya?. Ada pencen ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. INSKEN ni bukan badan berkanun. INSKEN adalah Government Linked Company (GLC) yang bersifat Non-Profit-Organization (NPO). INSKEN adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menjalankan latihan dan bimbingan untuk usahawan startup dan berpengalaman.

      Yuran latihan dan bimbingan INSKEN boleh didapati dengan harga yang sangat murah (dengan kelas berkualiti) kerana sebahagian daripada jumlah yuran telah disubsidi oleh kerajaan.

      Padam