Tips Berkomunikasi Semasa Presentation Assignment Di Kolej Atau Universiti

Photo by Borta from Pexels


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Antara perkara yang paling mendebarkan setelah selesai siapkan assignment ialah hari untuk membentangkan atau membuat presentation assignment. Biasanya semua orang akan kecut perut waktu ni ibarat mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena sebab memikirkan presentation yang belum selesai.

Waktu yang paling menakutkan ialah bila tiba giliran team atau kumpulan kita untuk membuat presentation. Waktu tu, mesti rasa macam nak tercabut jantung sebab rasa gemuruh mula menguasai diri. Jangan risau, anda tidak keseorangan. Orang yang profesional pun, tetap akan rasa benda yang sama apabila mahu memulakan sesi pembentangan. Apa yang penting ialah, cara kita mengawal perasaan nervous pada saat itu.

Dengan rezeki Tuhan berikan, sepanjang pengajian diploma hingga ke master, hampir kesemua subjek saya / kumpulan saya mendapat markah tinggi atau tertinggi dalam kelas untuk markah presentation. Ada waktu saya dan kumpulan pernah mendapat pengiktirafan pembentangan terbaik dalam batch untuk subjek-subjek tertentu.

Untuk entri kali ini, saya berhasrat untuk berkongsi kepada anda semua, tips komunikasi berkesan yang saya amalkan untuk melakukan pembentangan.

Jom kita mula!


-----


01. TENGOK CUPING TELINGA AUDIENS.

Jika berada di hadapan audiens, mesti kita rasa nervous kan? Lagi-lagi kalau kita melihat mata audiens.

Terdapat satu tips untuk membuatkan audiens rasa macam kita menenung dia tapi sebenarnya kita tak menenung dia pun. Tips tersebut ialah tengok cuping telinga audiens. Jika audiens bertudung, bayangkan ada cuping telinga sebab posisi telinga semua sama sahaja.

Kenapa tengok cuping telinga audiens? Sebab audiens akan lihat seolah-olah kita melihat dia. Audiens pasti akan rasa fokus bila ada orang merenung. Kita sebagai speaker pun tak ada la rasa nervous sangat, sebab kita dah alihkan mata ke telinga berbanding mata bertentang mata.


02. SEBUT PERKATAAN SEBUTIR-SEBUTIR.

Kalau anda nak sebut sesuatu perkataan, pastikan jelas. Kalau tak jelas, orang tak faham.


03. KAWAL KELAJUAN PERCAKAPAN ANDA.

Jika nak bercakap point-point penting, perlahankan kelajuan percakapan so that kita dapat menekankan isi tersebut. Kalau point tu penting, jangan la cerita laju sangat macam kereta api bergerak. Nanti audiens akan blur. Bila audiens blur, mereka pun akan hilang minat nak mendengar pembentangan anda.


04. PANDANG AUDIENS. JANGAN MEMBELAKANGKAN AUDIENS.

Bila anda nak buat presentation, jangan membelakangkan audiens. Paling penting, jangan duk pandang slides dari mula sampai habis pembentangan. Anda kena bercakap dengan audiens, bukannya bercakap dengan slides.

Kalau anda membaca slides semata-mata, lebih baik anda share je slides tu dekat audiens. Sebab audiens pun boleh membaca tanpa anda membacakan untuk mereka.

Apa yang penting ialah, anda kena fahamkan audiens mengenai pembentangan anda.


05. SUARA JANGAN MENDATAR SEPANJANG MASA.

Suara ni memainkan peranan. Kalau anda bercakap dengan suara mendatar, nanti orang akan bosan. Anda kena tahu bila nak tinggi suara, bila nak guna suara bes, bila nak guna suara riang dan sebagainya.

Untuk pembukaan pembentangan, cubalah guna suara yang bersemangat, energetic. Bila kita energetic, audiens pun akan turut rasa aura yang sama.

Semasa pembentangan, boleh guna suara tinggi untuk penegasan. Boleh juga guna suara rendah sekali sekala sekiranya nak tarik audiens untuk fokus. Benda-benda ni boleh explore lagi.


06. BODY LANGUAGE KENA ADA.

Nak bercakap kat depan, cuba la gerakkan tangan, lepas tu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Gerak selangkah pun okay dah. Sekurang-kurangnya ada pergerakan.

Kalau anda bercakap tapi tak ada langsung pergerakan, orang akan bosan.

Manusia ni jenis yang suka melihat pergerakan. Tak perlu la nak berjoget ke apa. Pergerakan yang sedikit pun sudah memadai.



07. FAHAMKAN POINT YANG ANDA NAK SAMPAIKAN DAN SAMPAIKAN POINT MENGIKUT AYAT YANG ANDA FAHAM.

Perkara paling penting sebagai seorang speaker ialah anda kena pastikan anda faham apa yang ingin disampaikan.

Kalau anda 100% bergantung pada slides, maka anda sebenarnya tak faham pun apa yang anda bentangkan. Anda lebih kepada membaca.

Nak buat pembentangan, anda kena study dulu apa topik yang ingin dibentangkan. Fahamkan konsep, fahamkan isi, kemudian cuba terjemah ayat slides / ayat jurnal / ayat buku teks kepada ayat yang lebih mudah difahami.

Percayalah, jika anda cuba terangkan dalam bahasa yang mudah difahami, audiens akan fokus pada pembentangan anda. Tak semua audiens dalam kelas memahami bahasa buku teks.


08. PASTIKAN ANDA BUAT SLIDES DENGAN POINT YANG MUDAH DIFAHAMI, BUKANNYA COPY PASTE BUKU TEKS!

Anda kena faham satu perkara, pembentangan dilakukan untuk bagi orang faham. Tapi, kalau kita sendiri pun tak faham dengan point yang kita tulis maka itu adalah masalah yang besar la.

Point-point dalam slides sepatutnya menjadi panduan untuk anda membuat pembentangan, bukannya anda bergantung sepenuhnya pada slides.

Slides adalah rujukan sahaja. Sepatutnya anda yang kena faham selebihnya.

Jika anda copy paste, anda berkemungkinan besar ada masalah untuk menerangkan point tersebut sebab anda tak rangka flow-nya.

Maka, apa yang akan terjadi ialah, anda akan baca sahaja slides. Bila baca slides, maka hilanglah banyak markah pembentangan.


09. CUBA INTERACT DENGAN AUDIENS.

Anda ada audiens dekat depan anda, merangkumi rakan sekelas dan pensyarah. Apa yang patut anda buat? Haa.. Berkomunikasilah dengan mereka semua. Cuba jadikan mereka sebahagian daripada pembentangan anda.

Sebagai contoh, anda boleh point out rakan-rakan sekelas anda untuk menjawab soalan.

Ataupun anda boleh je tanya, "siapa di sini yang boleh huraikan maksud X ni. Azman, mungkin boleh cerita sikit?". Jangan tanya macam ni, "siapa-siapa yang tahu maksud X, angkat tangan". Haa.. Memang sampai ke sudah tak ada orang respon.

Selain itu, anda boleh je kata, "siapa yang dapat jawab soalan, kita akan beri hadiah pada penghujung sesi". Ni kalau anda ada duit lebih la. Usually orang akan buat macam ni kalau big presentation. Apapun, ni optional.


10. PAKAI PAKAIAN YANG SMART ATAU PAKAIAN YANG BERSESUAIAN

Pakaian yang smart akan memberikan keyakinan kepada kita untuk membuat pembentangan. Tapi jangan bergantung pada pemakaian yang smart je. Pemakaian smart, preparation pun kena smart juga.

Kalau pembentangan pasal budaya, haa boleh la pakai baju kebudayaan. Samfu, kurta, baju Melayu dan sebagainya.

Kalau buat pembentangan versi forum, haa boleh la pakai pakaian yang sesuai. Sekiranya persona anda seorang doktor, try la pakai baju yang melambangkan doktor. Bawa stethoscope mainan pun okay. Janji kita ada effort dan in character. Hahaha.



11. JANGAN BACA SLIDES ATAU BAWA NOTA SEBESAR-BESAR ALAM DEKAT TANGAN.

Perkara ni saya dah sentuh juga di perkara 04 dan perkara 07. Sila fahamkan presentation anda. Tak perlu nak bawa nota sebesar alam. Kalau nota sebesar tapak tangan (sebagai rujukan) tu boleh dipertimbangkan lagi. Ni kalau sampai bawa buku ke depan, tu bermaksud anda memang tak buat persediaan.


12. SETIAP KALI HABIS PEMBENTANGAN UNTUK SATU-SATU POINT, BUAT KESIMPULAN KECIL. KAITKAN POINT TERSEBUT DENGAN CONTOH YANG MUDAH DIFAHAMI.

Sekiranya kita membuat pembentangan, pasti akan ada penutup di akhirnya. Sungguhpun begitu, kita perlu juga membuat penutup kecil pada setiap isi yang diceritakan.

Bagi mengelakkan audiens masih blur dengan point-point yang anda terangkan, pastikan anda berikan contoh yang mudah difahami. Jangan cerita benda-benda bombastik sangat. Biar audiens dapat tangkap penerangan mudah dahulu. Lepas tu kalau nak cerita contoh yang bombastik, dipersilakan.

Untuk penutup besar pula, anda boleh recap semula point-point anda secara ringkas, barulah cantik. So that audiens tak lost track.


13. JIKA ANDA TERLALU GEMURUH, PEGANG SEBATANG PEN.

Jika kita gemuruh, orang akan nampak kita shaky. Bagaimana kita nak kurangkan gemuruh tu? Teknik yang boleh digunakan ialah memegang sebatang pen. Pen biasa boleh. Marker pen pun boleh. Nanti rasa gemuruh tu akan dipindahkan ke pen.

Kalau tak ada pen, peganglah segulung kertas. Kertas atau pen boleh mengawal kadar gemuruh anda.


14. DATANG AWAL!

Pastikan anda datang awal ke kelas. Datang la sekurang-kurangnya 15 minit sebelum bermula. Kalau datang awal, anda semua boleh buat preparation yang patut. Boleh connect laptop ke screen. Boleh dapatkan feel dan sebagainya.

Datang lewat hanya akan meningkatkan kadar gemuruh. Bila gemuruh, nanti susah nak bercakap. Nanti mula la kelam-kabut.

So, datang awal!


15. DOA AGAR DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

Berdoalah agar diberi ketenangan dan dipermudahkan segala urusan. Setiap agama pasti ada cara doa masing-masing.

Doa yang biasa saya amalkan untuk apa-apa urusan ialah:

Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bil khair.

“Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkanlah dengan kebaikan.”


Selain daripada berdoa, umat Islam juga boleh istighfar dan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW. 


EXTRA: ANDA DAH ADA LAPTOP KE BELUM?

Laptop ni penting untuk presentation, buat assignment semua.

Jika belum, ni cadangan tempat nak cari laptop.

FIRST OPTION


Cadangan pertama ialah anda boleh beli dengan TOPIX TechnologyLaptop second-hand refurbished dengan harga yang murah dan berpatutan. Bak kata TOPIX: #hargakawankawan

Topix Technology adalah sebuah syarikat Malaysia yang menjual laptop, komputer beserta aksesori. Macam-macam jenis brand ada. HP, Dell, Acer, Lenovo, Macbook dan macam-macam lagi.

Refurbished tu apa benda? Refurbished bermaksud laptop / komputer second hand yang telah dibaiki dan dinaik taraf.




Berikut adalah sedikit keterangan buat anda:

  • Laptop refurbish - Pelbagai model laptop refurbish dijual di Topix Technology yang telah siap dinaiktaraf dengan tempoh jaminan satu hingga tiga bulan.
  • Komputer refurbish - Komputer yang telah siap diperbaharui barangan yang rosak dengan tempoh jaminan satu hingga tiga bulan.
  • Aksesori - Aksesori baharu yang diguna pakai bersama komputer dan laptop seperti headphone, speaker, keyboard, dan sebagainya.


Kenapa saya cadangkan TOPIX Technology? Sebab:

  • Tempoh jaminan 1 hingga 3 bulan.
  • Produk telah dibaiki sebelum dijual kepada pelanggan.
  • Jika berlaku kerosakan dalam masa 7 hari selepas pembelian, pihak kedai akan exchange one-to-one.
  • Setiap pembelian disertakan dengan freegift.
  • Jurujual Topix Technology akan mencadangan pilihan yang terbaik berdasarkan budget pelanggan.
  • Topix Technology menyediakan perkhidmatan bayaran ansuran (memudahkan pelanggan).




TOPIX Technology ni ada kedai fizikal di Selangor. Ada 10 cawangan iaitu Subang Perdana, Puncak Alam, Rawang, Puchong dan lain-lain.

Nak beli online pun boleh! Dia ada online store. Kalau nak beli boleh tekan link ni ya! https://topixtechnologyhq.com/Shopping/AZEEM




Boleh bantu saya generate income juga. Maklumlah sekarang ni ekonomi pun meruncing. Dompet kita pun sampai keluar rama-rama.

Kedai ni pun ada buat set combo dan promo. Ni contoh:






Boleh grab promo ni jika masih ada! Nak beli? Tekan sini ya:

https://topixtechnologyhq.com/Shopping/AZEEM

Terima kasih!


SECOND OPTION

Sekiranya anda mencari penjual laptop second hand yang trusted, mesra poket dan customer service yang tip-top, anda boleh pergi ke Kedai Hiba Ahmed IT Solution yang bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Plaza Alam Sentral juga dikenali sebagai PAS.


Pandangan hadapan kedai IT Gadgets Store.


Anda boleh cari kedai mereka di tingkat 3 PAS, sebelah kedai Oppo. Nama kedai ialah IT Gadgets Store. Kedai corner.

Owner kedai ini juga ada buka kedai yang lebih besar di tingkat 4 PAS. Kedainya betul-betul sebelah kedai alat muzik La Floresta.


Pandangan hadapan di tingkat 4. Masih baru setup.



Kedai Hiba Ahmed IT Solution. Anda nak escalator, anda akan terus nampak kedai ni. Bersebelahan La Floresta. Mereka baru pindah masuk kedai ni, Baru nak setup. So banyak la laptop tengah sales.


Saya pernah membeli iMac (21.5 inch, mid 2010) second hand di sini pada pertengahan tahun 2019. Harga RM2000 siap 240 GB SSD, Intel i3 processor dan 16 GB RAM. Biar betul? Tak masuk akal kan? Ni. Owner bagi bestest of the best price haa gitu la. Walaupun 2010 ni dikira model lama, tapi sebab RAM dan SSD power, sampai hari ini masih berfungsi dengan efisyen. Masih laju, start Mac lebih kurang 10-15 saat sahaja. Masih power untuk buat kerja-kerja design dan video editing. Tengok Netflix pun puas hati sebab skrin besar. Selain itu, customer service memang mantap.

Pada bulan September 2021, saya telah membawa kawan untuk membeli laptop terpakai di kedai yang sama. Kawan saya sendiri pun berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, plus customer service yang diberikan.

Pelbagai brand yang ada. OS Windows ada, MacOS pun ada. Anda nak cari Macbook Pro / Macbook Air yang murah tapi mantap? Kedai ni ada jual. Boleh dapat RM2500 untuk certain model.

Ada yang cari laptop Windows mesra poket harga RM2000 ke bawah untuk spec yang okay? Ada jual. Kalau rasa macam tak cukup bajet, takpe. Harga boleh bincang, jangan risau!

Kawan saya beli laptop spesifikasi berikut dengan harga RM1.5K:

  • Intel i5 3rd Generation
  • 4 GB RAM DDR3
  • 120 GB SSD
  • Intel UHD Graphics


Haa... Murah kan?

Sekarang harga laptop pun tengah melambung naik sebab PKP, PDPR dan sebagainya. Semestinya laptop second hand menjadi salah satu option. Jika anda nak beli laptop trusted, datanglah ke kedai ini.

Kalau orang tanya, "tahu dari mana kedai ni?", katalah dari blog Azeem, azaraslan.com. Heheheh.


-----


Sekian sahaja tips yang saya ingin kongsikan untuk entri kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Terima kasih sebab menyokong blog saya ya.

Berikut adalah sedikit pesanan buat mahasiswa atau bakal mahasiswa. Boleh tekan di SINI.


#azaraslan #azarnakcerita

Catat Ulasan

0 Ulasan