Sebulan Bersama CK: Chef Kecik




SEBULAN BERSAMA CK

Cepatnya masa berlalu. Tahu-tahu sebulan dah bekerja bersama Chef Kecik Kitchen (CKK). 9 November 2021 - 9 Disember 2021.

Dalam sebulan ini, pelbagai tugasan, inisiatif dan perancangan yang dilakukan bagi mempertingkat penjenamaan (branding) CKK.

Bukan mudah nak bina jenama. Salah langkah, orang menyampah. Betul caranya, orang suka. Setiap keputusan perlu didokong dengan hujah dan contoh yang bernas.

Alhamdulillah, CKK telah mencapai batu tanda (milestone) terbaru iaitu mendapat sejumlah 190K pengikut di Instagram @chefkecikkitchen semalam (8 Disember 2021).

Angka ini tercapai kerana pasukan yang mantap selain hala tuju yang jelas yang ditetapkan oleh pengasas dan pengurusan.

Masih panjang lagi perjalanan saya di sini. Doakan agar saya dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah dan dipermudahkan segala urusan.

Semoga CKK terus mencapai batu tanda seterusnya. InsyaAllah.

Sebelum tutup entri, saya mempersembahkan baju rasmi CKK. Baru dirasmikan hari ini. Kebetulan warna lebih kurang INSKEN. Hehehe.

Apa yang saya pelajari di INSKEN, khususnya bawah Jabatan Pemasaran & Perhubungan Awam (MPR), sentiasa diingati.

Nak tempah kek? Tempahlah dengan CKK. Pasti puas hati!

Azeem
Eksekutif Multimedia & Reka Bentuk Grafik
Chef Kecik Kitchen

#chefkecik #chefkecikkitchen #resipichefkecik #canibake #chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih#kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #chefkecik#kedaikekCK #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap#kedaikekecomajestic

Catat Ulasan

0 Ulasan