Seloka: Sekilas Pandang Kerjaya



SEKILAS PANDANG KERJAYA

Setiap pagi, sang mentari membakar bumi,
Terjaga kita dari buaian mimpi,
Bersiap siaga menghadapi realiti,
Kerja hakiki setiap hari.

Setiap kali mahu bekerja,
Niat perlu baik dan nyata,
Merangsang badan dan minda,
Agar semangat julang membara.

Hasil kerja perlu berkualiti,
Demi keberkatan punca rezeki,
Sang Ilahi sentiasa memerhati,
Tindakan waktu rancak dan sepi.

Bila dah terima gaji,
Jangan dilupa ayah dan ibu,
Bila dah terima gaji,
Hutang dan komitmen lunaskan dahulu.

Zaman era modenisasi kini,
Pemberi pinjam mengemis duit sendiri,
Walaupun penghutang tak ambil peduli,
Hutang manusia wajib dibayar sama sekali.

Di mana ada kemahuan,
Di situ pasti ada jalan.
Usaha itu proses kematangan,
Usaha juga melambangkan keperibadian.

Kerja itu suatu ibadah,
Jangan nodai dengan perkara syubhah.
Buatlah tugasan dengan amanah,
Rezeki pasti melimpah-ruah.

AZAR
7.12.2021
(Selasa)

Catat Ulasan

0 Ulasan