Pencarian AJK Belia BSMM Daerah Petaling Sesi 2021/2024 (DITUTUP)





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Jawatankuasa Belia BSMM Daerah Petaling sedang mencari belia berumur antara 18-30 tahun yang berminat untuk menjadi SUKARELAWAN tenaga penggerak belia BSMM Daerah Petaling, Negeri Selangor.

---

Jawatan yang dibuka:
Ahli Jawatankuasa Tertinggi
• Naib Pengerusi
• Setiausaha
• Bendahari
Ahli Jawatankuasa:
• Multimedia, Komunikasi & Publisiti
• Pengurusan Pasukan Bantuan Sukarela (VAD)
• Pengurusan Kadet & Kanak-Kanak
• Reaksi Kecemasan & Bencana
• Pengurusan Bakat & Latihan
• Kebajikan & Khidmat Komuniti

*Kadet= Ahli BSMM di peringkat sekolah menengah
*Kanak-Kanak= Ahli BSMM di peringkat sekolah rendah

Ringkasan skop tugasan telah ditulis di poster.

---

Aspirasi saya sebagai pengerusi ialah untuk memperkasa belia dalam pelbagai aspek, khususnya belia sebagai tunjang utama membantu negara dan komuniti sekiranya berlaku bencana, kecemasan dan krisis.

BSMM adalah badan sokongan kerajaan. Peranan BSMM sangat besar. Dengan inisiatif yang betul dan
mantap, kita boleh mendidik orang awam, beri nafas baharu pada belia dan boleh keluar daripada persepsi "BSMM ni NGO / setakat sekolah sahaja / terdiri daripada cikgu-cikgu / budak universiti".

Jika ada yang berminat (ahli BSMM atau bukan ahli), boleh contact saya terus di azeem.bsmm@gmail.com, bsmmyouth.petaling@gmail.com atau di talian +60 11-5425 4705.

Terima kasih.
Ahmad Azeem Bin Ahmad Raslan (AZAR)
Pengerusi Jawatankuasa Belia
BSMM Daerah Petaling 2021/2024












Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript