Tukar Duit Syiling Dengan Mudah Melalui MyPay

Duit syiling saya. Haa, dalam bas tu hahaha. Cuba teka berapa agaknya nilai yang ada?



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Semoga semua sidang pembaca sihat-sihat sahaja, dilindungi daripada penyakit berbahaya, diberikan kesakitan berpanjangan, dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan dan dikurniakan rezeki melimpah ruah.

Sejajar dengan tajuk di atas, saya ingin berkongsi kepada anda cara tukar duit syiling dengan mudah.

Anda ada banyak duit syiling? Okay bagus.

Anda kira ke duit syiling tu? Kalau kira, bagus lah.

Tapi bagaimana kalau anda tak ada masa nak kira duit syiling? Mana taknya, banyak betul nak kira tu.

Jangan risau, sebab anda boleh tukar duit syiling dengan MyPay. Anda tak perlu kira pun duit syiling tu. Nanti mesin yang akan automatik kirakan. Mesin pun dah canggih sekarang. Mesin kira-kira duit syiling boleh detect dan susun nilai syiling ikut bahagian / compartment.

Macam mana saya tahu? Hal ini demikian kerana, pada pertengahan bulan Mac 2022, saya tukar duit syiling dengan MyPay di Subang Parade.

Ni duit syiling saya. Dalam bas. Hon hon!

Caranya mudah sahaja, iaitu:

  1. Apa yang perlu anda bawa ialah duit syiling anda ke MyPay Subang Parade. Pergi ke Aras G, Pintu Utama, Subang Parade.
  2. Jumpa Pegawai MyPay. Nanti mereka akan bantu.
  3. Mereka akan minta anda download aplikasi MyPay. Daftar akaun secara percuma. Isi butiran-butiran yang diminta.
  4. Setelah selesai kira-kira, Pegawai MyPay akan minta imbas kod QR untuk pilih bank akaun. Pastikan nombor akaun bank anda tepat. Nanti nilai duit syiling tu nak transfer ke bank pilihan.
  5. Anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi MyPay untuk mengesahkan pemindahan ke dalam akaun bank anda. Bukti transaksi ada dalam aplikasi. Oleh sebab itu, jangan risau.
  6. Selesai! Duit akan dimasukkan dalam masa 2 hari.

MyPay Subang Parade. Dekat dengan escalator.

MyPay Subang Parade ni dekat dengan TGI Fridays dan boleh nampak McDonald's.

Mesin pengira duit syiling tengah buat kerja dia.



Langkah-langkah untuk menukar duit syiling oleh MyPay.


Untuk penukaran duit syiling ni, ada bayaran ke? Jawapannya tiada bayaran. Bawa je duit syiling, kemudian tukar. Itu sahaja.

Adakah duit saya masuk lepas 2 hari? Ya, duit saya masuk. Haa, agak-agak berapa nilai duit syiling saya?

RM217.70! Ni waktu lepas tukar duit. MyPay kata tunggu dua hari untuk dimasukkan ke bank.

Ni adalah bukti duit masuk lepas dua hari.


Rezeki. Duit masuk.

Okay, itu sahaja daripada saya. Perkongsian ini tidak dibayar oleh MyPay ya. Ini adalah sekadar perkongsian yang saya rasakan bermanfaat untuk orang ramai. Semoga bermanfaat! Selamat menukar duit syiling! Maklumat lanjut boleh ke sini: https://mypay.com.my/coinconversion atau FB mereka: https://www.facebook.com/Official.MyPay/.


Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Bang, tukar syiling dgn saya nak? Saya perlukan duit syiling

    BalasPadam

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript