Pengambilan Jubah Konvokesyen Master UiTM



Coretan hari ini, kembali ke menara gading keramat, mengambil jubah dua jalur sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-94 yang akan bersidang bulan depan.

Dua tahun menunggu untuk menyarung jubah ini. Dua jalur bermaksud Ijazah Sarjana / Master’s Degree. Macam-macam peristiwa yang dilalui sepanjang perjalanan sebagai pelajar pascasiswazah.

Kerja sambil belajar bukan benda mudah. Ibarat tiada cuti sepanjang dua tahun. Siang kerja, malam assignment. Mohon cuti AL, buat assignment. Hujung minggu, kelas, kuiz, test. Kalau ada kenduri kahwin, outing, vacation semua perlu dikorbankan.

Realiti dan cabaran buat master, saya rakamkan dalam bentuk nukilan. Boleh dibaca di sini:https://www.azaraslan.com/.../pengalaman-realiti-sambung...

Alhamdulillah, berjaya juga Graduate on Time (GoT) dengan dua kali Anugerah Pascasiswazah Fakulti (APF) a.k.a Anugerah Dekan.

Seronok dapat sarung jubah ini.

Akan ku datang kembali, mengambil skrol bulan depan. Segulung ijazah sarjana dalam genggaman. InsyaAllah.

#RoadToConvo

#MasterUiTM

#RoadToPHD?

Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. assalamualaikum, kalau master student ada jugak first class kn? kalau ad berapa pointer baru first class ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya ada. Pointer first class untuk master ialah 3.70 dan ke atas.

      Padam
    2. Saya baru berkonvo semalam. Master level tak ada sebut class. Tapi pointer untuk dekan ialah 3.70 dan ke atas. Jika setiap sem dapat atas 3.70 maka anda akan dianugerahkan Anugerah Sarjana Cemerlang (ASC). Pakai selempang pink.

      Padam

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript