Kursus Pemimpin Kadet Belia BSMM Daerah Petaling





13 OGOS 2022
Kursus Pemimpin Kadet Belia
Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Petaling
Tahun 2022

Lebih kurang 112 peserta meliputi ahli kadet yang memegang jawatan dalam Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah masing-masing. Sekolah di bawah Petaling Perdana dan Petaling Utama yang terlibat antaranya daripada Seri Kembangan, Puchong, Petaling Jaya, TTDI, Taman Dato Harun, Damansara Utama dan Tenby.

Back to basics. Setelah sekian lama tak dengar tepuk bulan sabit, waktu program ini Tuan Noel Silas memperkenalkan semula tepukan ini. Memang gemuruh jiwa semangat membara masing-masing. Dewan turut menyaksikan kemeriahan ini.

Kursus satu hari ini diadakan bagi melengkapkan peserta dengan ilmu asas bulan sabit merah dan palang merah oleh Tuan Palany Murugayah serta ilmu dan demonstrasi CPR diketuai oleh Tuan Ravishankar Periasamy. Sambil melaksanakan pengisian yang serius, kami selitkan juga aktiviti santai. Ada energizer, ada games, tarian dan sebagainya. Nampak semua pun seronok! Dengan cikgu-cikgu dan pegawai pun turut serta!

Tuan Syabil Faziruddin Rendo turut terlibat berkongsi sama hal berkaitan uniform dan menyemarakkan semangat ahli belia.

Saya juga diberikan slot untuk menerangkan kepada semua peserta mengenai hala tuju ahli BSMM selepas SPM / sekolah. Ramai yang ingat BSMM terhenti sampai peringkat sekolah sahaja. Sebenarnya, pelbagai peluang yang terbentang luas disediakan kepada ahli BSMM untuk sertai program pelbagai jenis di pelbagai peringkat. Baca di sini: https://www.azaraslan.com/2022/08/hala-tuju-ahli-bulan-sabit-merah.html

Alhamdulillah, kursus berjalan dengan jayanya. Tahniah Cikgu Wai Yng Yong selaku penyelaras utama program ini. Terima kasih jemput saya, dan berikan kepercayaan kepada Jawatankuasa Belia BSMM Daerah Petaling untuk turut serta dan bantu di belakang dan hadapan tabir.

Bertemu lagi kita di program akan datang.

BSMM will continue to rise!

Ahmad Azeem Ahmad Raslan
Pengerusi Belia
Jawatankuasa Belia Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Petaling
2021/2024














Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad

HTML/JavaScript