Macam Mana PBSM Boleh Masuk Kawasan Bencana? Bukan ke PBSM ni NGO?

MRCS in action: Highland Towers 1993

MRCS was one of the earliest to arrive and provided emergency medical services.


"Macam mana Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) boleh masuk kawasan bencana? PBSM NGO kot?"

Masih ramai orang awam yang tak tahu peranan PBSM atau BSMM. PBSM ni bukanlah persatuan setakat di sekolah sahaja. PBSM mempunyai peranan yang sangat penting dalam negara, malah merupakan ahli rangkaian kemanusiaan terbesar di dunia iaitu International Federation of Red Cross and Red Crescent Society (IFRC).

Ramai yang mungkin tertanya-tanya, maka saya kongsikan kepada anda semua, Peranan BSMM Semasa Bencana.

PBSM adalah badan kemanusiaan. Di Malaysia, PBSM juga bertindak sebagai badan sokongan kerajaan (auxiliary body to the government) dalam membantu hal bencana, krisis dan kesihatan.

Maka apa peranan PBSM sewaktu bencana? Semuanya telah tertulis dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke-20. Boleh lihat rajah untuk maklumat lanjut.

Singkatan BSMM disebutkan dalam index Arahan MKN ke-20


Peranan di dua bahagian iaitu kebajikan dan perkhidmatan kesihatan dan perubatan


PERANAN PBSM (ARAHAN MKN NO. 20)

1. Membantu tugasan JKM seperti menyelenggarakan pusat-pusat pemindahan, memasak dan menghidangkan makanan, mengedarkan barangan keperluan seperti pakaian, selimut, menjalankan pendaftaran serta pemulihan kepada mangsa-mangsa bencana.

2. Membantu lain-lain agensi dalam menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa Bencana.

3. Membantu KKM dalam memberi pertolongan kecemasan serta lain-lain bantuan kecemasan dan kesihatan di pusat pemindahan.




Pengurusan Bencana di Tempat Kejadian Mengikut Zon

Agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan Bencana di tempat kejadian dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu:

i) Agensi Penyelamat; dan

ii) Agensi Bantuan dan Pemulihan. 


PENGURUSAN ZON BENCANA

Dalam pengurusan bencana, terdapat tiga kategori zon iaitu merah, kuning dan hijau. 

Zon Merah meliputi suatu kawasan tempat kejadian yang ditetapkan oleh Komander Operasi Bencana. Zon ini adalah kawasan operasi khas untuk Agensi Penyelamat yang mempunyai kepakaran tertentu sahaja seperti unitunit khas daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), JBPM, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), KKM, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan mana-mana pasukan khas yang ditubuhkan oleh mana-mana Agensi Kerajaan. Mana-mana pasukan khas yang ditubuhkan oleh mana-mana Agensi Kerajaan yang mempunyai kepakaran khas hendaklah menjalankan tugas bersama dan membantu Agensi Penyelamat.

Zon Kuning meliputi suatu kawasan di luar tempat kejadian yang ditetapkan oleh Komander Operasi Bencana. Zon ini menempatkan Pos Kawalan di Tempat Kejadian (PKTK) dan pos-pos Agensi Penyelamat dan mana-mana pasukan khas yang ditubuhkan oleh mana-mana Agensi Kerajaan yang mempunyai kepakaran khas untuk menjalankan tugas bersama dan membantu Agensi Penyelamat. Penempatan pos-pos Agensi Penyelamat dan mana-mana pasukan khas ini perlu mendapat kebenaran daripada Komander Operasi Bencana.

Zon Hijau meliputi kawasan yang mengelilingi Zon Kuning. Zon ini menempatkan petugas-petugas dari Agensi Bantuan dan Pemulihan serta badan-badan sukarela. Zon ini juga menempatkan Pusat Pengurusan Media, Pusat Keluarga Mangsa, Pusat Kaunseling, Tempat Bekalan Makanan, Tempat Rehat dan Tempat Mayat serta lain-lain fungsi yang diputuskan oleh Komander Operasi Bencana.


PBSM DI ZON MANA?

Dalam tiga zon ini, PBSM pasti akan berada di zon hijau. Seperti yang dinyatakan dalam bahagian peranan nombor satu dan tiga: PBSM membantu tugasan JKM seperti menyelenggarakan pusat-pusat pemindahan, memasak dan menghidangkan makanan, mengedarkan barangan keperluan seperti pakaian, selimut, menjalankan pendaftaran serta pemulihan kepada mangsa-mangsa bencana dan membantu KKM dalam memberi pertolongan kecemasan serta lain-lain bantuan kecemasan dan kesihatan di pusat pemindahan.

Adakah PBSM boleh memasuki zon kuning dan merah? Boleh, kerana PBSM mempunyai kepakaran dan aset* 

Peranan nombor dua: Membantu lain-lain agensi dalam menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa Bencana.

*Apapun semua ini tertakluk kepada Komander Operasi Bencana. Komander Operasi Bencana bertanggungjawab menentukan unit-unit atau agensi-agensi penyelamat yang diperlukan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat di zon-zon berkenaan.


Sumber: Malaysian Red Crescent


BSMM ADA PASUKAN MENYELAMAT?




Kriteria Skuad Gerak Cepat (RDS) BSMM

Kalau polis, askar, bomba ada pasukan elit dia, BSMM pun ada juga😁

We call them Rapid Deployment Squad (RDS). Under RDS, they also have Urban Search and Rescue (USAR) team that is well trained with disaster management behind and on-the-scene. Kita juga ada State Disaster Response Team (SDRT) dan District Disaster Response Team (DDRT) serta Ambulance Team to assist during disaster.

Untuk kriteria nak jadi anggota RDS, boleh baca syarat kelayakan di atas. Bukan calang-calang boleh jadi anggota RDS. Latihannya pun lasak-lasak dan menguji ketahanan fizikal, emosi dan mental.

Masih tak dapat bayangkan? Boleh tonton video ini https://www.youtube.com/watch?v=3ftoEPyP23g&t=99s atau tekan video di bawah:



Berminat nak jadi ahli Bulan Sabit Merah Malaysia? Boleh daftar di sini: https://mrcscommunity.org.my


Berdasarkan keterangan di atas, maka sebab itulah PBSM mempunyai peranan penting dalam negara.

Mana yang belum tahu, ini adalah ilmu baharu buat anda.


Selaras dengan lagu PBSM,

Di Mana Jua Adanya Sengsara,

Di Sana Ada Kita,

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia,

Walaupun Diancam Bahaya.


Sumber: Malaysian Red Crescent


Semoga petugas operasi tanah runtuh di Batang Kali dipermudahkan urusan mencari mangsa. Semoga mangsa selamat dan sihat. Semoga mangsa yang belum ditemui, berjaya ditemui dalam keadaan selamat. Amin yra.


Rujukan: Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20: https://www.ump.edu.my/doc/arahan-mkn-no.20-semakan-semula-09_02_2013.pdf

Rujukan: Akta 540 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Diperbadankan) 1965: https://www.rcrc-resilience-southeastasia.org/wp-content/uploads/2017/12/Malaysian-Red-Crescent-Incorporation-Act-1965.pdf


Ahmad Azeem Bin Ahmad Raslan

Ahli

State Disaster and Response Team (SDRT)

BSMM Negeri Selangor

Dan

Pengerusi Jawatankuasa Belia

Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Petaling


#BSMM #SDRT #Bencana

Catat Ulasan

0 Ulasan