Okay Ke Jual Beli Kereta Dengan Carsome?



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Semoga semua baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan.


Senario ini mungkin berlaku pada anda sekarang:

  • Anda ada kereta dekat rumah, tapi dah lama tersidai?
  • Anda ada kereta tapi dah lama tak pakai?
  • Anda ada kereta yang selalu sangat meragam?


Disebabkan perkara di atas, anda rasa lebih baik jual kereta tu.

Persoalannya, anda nak jual dekat mana? Dekat used car dealer atau jual dekat Mudah atau jual dekat Facebook Marketplace atau direct buyer?

Mesti semua perkara ni bermain di fikiran anda kan? Sama lah dengan saya pun. Waktu saya nak jual kereta, semua benda ni terlintas dalam fikiran saya.

Entri kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua, pengalaman saya JUAL dan BELI kereta dengan Carsome: https://www.carsome.my/

Okay jom kita mulakan!


-----


Proses jual kereta di Carsome ni mudah sahaja! Saya sebagai first timer pun rasa prosesnya mudah faham.

*Kereta saya dah habis loan, so prosesnya mudah.


Proses dia macam ni:

01. Pastikan anda ada kereta yang nak dijual terlebih dahulu lah. Pastikan ada geran kenderaan. Kalau tak jumpa, pergilah cari sebelum kelam-kabut di kemudian hari.


Isi maklumat yang diperlukan. Nanti Carsome akan generate anggaran harga.

02. Anda boleh check julat harga yang Carsome tawarkan untuk kereta anda. Anda hanya perlu masukkan details, nanti Carsome akan generate range harga untuk kereta anda. Baru-baru ini saya jual kereta, anggaran harga Carsome tawarkan ialah dalam lingkungan 10K-13K. Harga ni bergantung kepada keadaan kereta kita sewaktu vehicle inspection nanti.


Ni contoh harga lepas dah click in maklumat.


03. Dalam website Carsome, anda boleh book vehicle inspection. Vehicle inspection ni Carsome bagi percuma sahaja! Anda pilih tarikh dan waktu yang anda nak pergi. Carsome ni buka Isnin - Ahad, 9.00 pagi sampai 6.00 petang. Pilihlah cawangan yang berdekatan dengan rumah atau tempat kerja anda. Ikut lah mana-mana asalkan senang untuk anda bawa kereta tu.

04. Once anda dah book appointment untuk vehicle inspection, pihak Carsome akan call untuk pengesahan dan mereka akan dapatkan maklumat lanjut mengenai kereta anda.

04. Untuk pengetahuan semua, Carsome tak terima kereta yang pernah tenggelam sebab banjir. Ada lagi jenis-jenis kereta yang Carsome tak terima. Nanti mereka akan explain sewaktu call atau di WhatsApp.


Lepas dah book appointment, dia akan bagi reminder dan langkah seterusnya.


05. Pada hari kejadian, pastikan anda bawa geran kenderaan. Bawa sekali spare key kereta jika ada. Spare key tu boleh jadi nilai tambah untuk naikkan harga kereta anda.

06. Once dah sampai Carsome, orang Carsome akan jumpa anda. Mereka akan bawa borang inspection. Mereka akan tanya soalan apa semua lah. So, jawab je.

07. Soalan cepumas dari Carsome: Abang kakak target nak jual berapa kereta ni? Untuk soalan ni, pastikan anda dah survey harga market di Marketplace, Mudah dan sebagainya. Nak buat kira-kira depreciation pun buat lah. Mereka akan tulis harga ni dekat borang. Tips: Jangan letak rendah. Letak harga tinggi.

08. Setelah selesai dengan salesman Carsome tu, mereka akan mula inspect kereta anda. Ada 175 checkpoint yang dia akan check. Anda hanya perlu chill dan buat lah apa yang patut. Biasanya inspection ambil masa dalam 30-45 minit. Sempat la nak main ML, PUBG atau buat benda-benda lain.

09. Setelah selesai vehicle inspection, wakil Carsome akan panggil anda untuk masuk dalam bilik konsultasi. Waktu ini mereka akan bentangkan kepada anda, hasil daripada vehicle inspection. Pada saat ini, mereka akan tawarkan harga kepada anda.

10. Harga yang anda idamkan tak semestinya anda akan dapat. Jika mereka beri harga rendah, try negotiate lagi ataupun main tarik tali. Baru-baru ini saya jual Exora model 2010 dengan mileage lebih daripada 300K. Harga market di Marketplace boleh dapat dalam julat harga 13-17K. Harga Carsome tawarkan kepada saya ialah 10,500 (sebab kereta saya memang dah terlalu banyak masalah). Saya letak harga 17K pada awalnya dan saya target dapat 10-11K pun okay dah. Bila dia tawarkan 10,500, saya cuba negotiate lagi untuk 11K. Dua kali try, masih tak dapat, so saya kata nanti saya confirmkan semula.

11. Adakah kita mesti terima offer pada waktu itu juga? Jawapannya tidak. Tawaran Carsome valid selama 1 bulan (jika nak trade in), dengan syarat mileage tidak lebih daripada 1000km (setelah inspection). Maksudnya waktu inspection 310,000km, so mileage tak boleh cecah 311,000km. Nanti harga tu akan berubah. Jika anda hanya nak jual kereta (tiada niat nak beli kereta), offer hanya valid selama 3 hari - 1 minggu (ni berdasarkan pengalaman jual kereta Myvi 2006 di Carsome) dan tidak lebih daripada 300km lepas terima offer.

12. Dengan ini, anda bolehlah bincang dulu dengan isteri, keluarga atau kawan-kawan yang tahu-menahu mengenai kereta. Anda boleh juga try compare harga kereta dengan used car dealer yang lain seperti MyTukar.

13. Carsome dia particular dekat mileage dan enjin. Body calar-calar apa semua tu biasalah.

14. Let’s say anda dah confirm dan tekad nak jual, maka anda call Carsome, inform memang jadi nak jual. Nak mudah, anda ambil nombor orang Carsome tu siap-siap. Lebih mudah! Nanti bawa kereta, sign borang apa semua, thumbprint, and then, done! Selesai.

15. Mereka akan masukkan duit dalam masa 24 jam, ke dalam akaun bank yang anda berikan. Lepas tu buat lah apa yang diinginkan dengan duit tu.


Terima kasih Exora atas jasamu sepanjang 12 tahun ni. Banyak benda kita lalui bersama. Terlalu banyak.



-----


Okay selesai semua. Roughly macam tu la proses penjualan kereta di Carsome. Kereta saya ni dah habis loan, maka senang lah nak jual. Kalau kereta tak habis loan lagi, kena tanya Carsome la macam mana.

Orang mungkin akan tanya, senang tak proses nak jual kereta di Carsome? Jawapan saya, mudah. Ejen Carsome pun sangat-sangat membantu sepanjang proses dari awal sampai akhir.


-----


Okay, saya juga membeli kereta dengan Carsome. Saya trade-in kereta dengan Carsome. Jika kita trade-in kereta dengan Carsome, kita layak dapat rebate antara RM1,000-RM1,500.

Proses dia macam mana? Mudah je. Macam ni:

01. Pilih kereta yang diinginkan. Search la dekat Carsome tu.

02. Buat appointment test drive. Kita mesti nak rasa dulu driving experience kereta tu kan? Alang-alang boleh tengok condition kereta tu depan-depan. Lagi puas hati.

03. Jika ada bajet lebih, buat booking kereta. Booking dalam 1% daripada harga kereta. Maksudnya jika harga kereta tu RM50,000 maka bookingnya RM500. Kalau betul-betul berminat, book je. Buat appointment test drive tak bermaksud anda dah book kereta. Book la sebelum melepas. Saya dah banyak kali melepas sebab tak book. Lagipun, booking tu refundable. Kita tak rugi apa pun.

04. Kalau test drive semua dah okay, then nanti bagi segala maklumat yang diperlukan seperti salinan ic, penyata bank, penyata KWSP, slip gaji 3-6 bulan (benda ni ejen akan maklumkan awal, dan akan remind customer).

05. Maklumat semua ni adalah untuk documentation dan proses loan (jika nak buat loan). Bagi masa dalam 1-2 minggu untuk tengok bank mana yang nak bagi loan.

06. Once lulus loan bank, then buatlah bayaran selanjutnya (jika bukan full loan) seperti down payment dan insurans (ni semua saya bayar guna duit jual kereta tu). Oh ya, kalau loan dengan bank ni, nanti dia akan minta kita beli produk insurans dia untuk setahun. Benda tu basically kena paksa beli sebab tu syarat dia kalau nak bagi loan kat kita. Macam CIMB ada SnatchMedz. Bank lain ada la produk dia. So kena standby duit lagi walaupun dah full loan. Standby la dalam RM300-RM600++ untuk insurans tu (ni pun saya bayar guna duit jual kereta). Nanti ejen Carsome akan inform juga.

07. Jika semua dah settle, then bolehlah ambil kereta baru. Mereka akan basuh dulu kereta, kilatkan kereta, serviskan kereta sebelum beri pada kita. Kita tinggal bawa je. Macam saya, roadtax dia akan bagi slip dulu (slip MYEG). Roadtax sticker dia akan hantar ke rumah via runner once dah siap.

08. Macam saya beli kereta, Carsome beri baucar untuk buat tinted kereta premium. Baucar bernilai RM500 tau! Bukan biasa-biasa. Rezeki...

09. Carsome akan berikan file yang ada semua agreement dan segala maklumat pasal kereta kepada kita. Kereta ni pun ada warranty daripada Carsome juga. Apa-apa boleh je contact balik Carsome.

10. Tangkap gambar owner dengan kereta, and then, vrooom! Boleh bawa kereta pergi isi minyak. Lepas tu boleh balik dah!


Azeem bersama kereta baharunya



-----


Amacam? Mudah kan? Memang mudah.

Tak payah nak pening-pening kepala, urusan semua basically Carsome selesaikan. Kita ni tinggal thumbprint dan pastikan ada document dan duit sahaja.

Beli mudah, jual pun mudah.

Review jujur:

Saya amat berpuas hati dengan servis yang Carsome tawarkan dari proses penjualan, proses trade-in sampailah selesai. Proses pun mudah, tak rumit. Ejen pun friendly dan cooperative. Paling best sebab kereta Carsome dah inspect dan tak ada kereta yang pernah kena banjir dan sebagainya, so tak perlu risau sangat. Saya akan recommend kepada kenalan atau kawan-kawan atau keluarga jika nak cari kereta terpakai.

Terima kasih Nabil atas servis yang terbaik. Terima kasih Adam recommend Carsome dan tunjukkan jalan.


So macam mana? Ada rasa nak jual atau beli atau kedua-duanya sekali dekat Carsome?

Jika ya, saya ada kupon boleh redeem dapat diskaun RM300! Ada 5 baucar (sah hingga 28 Mei 2023).

    1. C2V50UMFIDHHD2
    2. CK49MYQDDYSSI2
    3. CJHVFCVX95EID2
    4. CIW2NM4VT0PBT0
    5. C4OWAJBGF4RW31

Terms and conditions:

    1. Get discounts by using vouchers when buying a car at CARSOME outlets
    2. Vouchers are only valid for use in the issuing country.
    3. The voucher can be used for one (1) transaction only.
    4. The voucher value cannot be exchanged for cash.

How To Use?:

    1. Go to "My Voucher" page on your Carsome Homepage.
    2. Select "Vouchers" tab. Select the voucher you want to redeem.
    3. Click "Redeem Voucher" and you'll be directed to Detail voucher page with code reveal.
    4. Show your code to the Merchant.
    5. Voucher only valid 24 hours after redemption


Dan, kalau anda betul-betul berminat nak jual atau beli kereta, saya boleh recommend Carsome Agent yang deal dengan saya. Namanya Nabil dari Carsome PJ. Memang terbaik. Berminat? Roger saya okay.

https://www.carsome.my/

Sekian, harap maklum. Semoga bermanfaat!

#azaraslan #carsome #keretasecondhand #keretaterpakai #jualkereta #trusted #usedcar

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Perkongsian yang baik Tuan, btw saya teringin nak tengok kereta yang tuan sensored tu

    BalasPadam
  2. Hi, boleh bagi contact nabil tak ? Saya nak beli kereta

    BalasPadam
  3. Salam..tuan,klu nama belum tukar boleh ke?

    BalasPadam