Adakah Diploma Pentadbiran Awam dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran Mempunyai Peluang Kerjaya Yang Meluas?



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Semoga semua sidang pembaca dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan, dikurniakan rezeki melimpah-ruah dan dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Soalan ini pernah diutarakan kepada saya, "adakah DPA dan BAS mempunyai peluang kerjaya yang meluas?".

Jawapan saya: Ya, Diploma Pentadbiran Awam dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran mempunyai pasaran kerja yang meluas.

Jom ikuti ulasan saya berkenaan jawapan di atas. Sukacita diingatkan bahawa jawapan yang saya berikan tidak mewakili mana-mana pihak. Jawapan yang diberikan adalah bersandarkan pengalaman dan ilmu saya sendiri, selain mengambil kira pemerhatian saya dan juga melalui pengalaman orang lain.


BERIKUT ADALAH BEBERAPA SEBAB UTAMA MENGAPA JURUSAN INI MEMPUNYAI PELUANG KERJAYA YANG MELUAS

Sebab Utama - Jurusan Jack of All Trades: DPA dan BAS adalah jurusan all rounder dan jack of all trades. Jurusan ini memfokuskan subjek pentadbiran dan pengurusan, dengan mempunyai penekanan terhadap kerajaan, dasar kerajaan dan politik. Setiap organisasi semestinya memerlukan pentadbiran dan pengurusan bagi menguruskan sesuatu perkara.

Disebabkan jurusan jack of all trades ini, anda boleh memohon pekerjaan dalam:

  • Kerajaan persekutuan;
  • Kerajaan negeri;
  • Kerajaan tempatan;
  • Agensi kerajaan;
  • Government Linked Company (GLC);
  • Non-Governmental Organisation (NGO);
  • Not-For-Profit Organisation (NPO);
  • Perbankan;
  • Multinational Company (MNC);
  • Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS)
  • Sektor swasta
  • Dan banyak lagi


Sebab Kedua - Mempunyai Career Path Yang Jelas: Sekiranya anda bekerja dalam bidang pentadbiran dan pengurusan, haluan kerjaya tu boleh dikatakan jelas. Template kebiasaannya adalah seperti berikut:

SEKTOR AWAM (Sekilas Pandang)

    1. Pen. Pegawai Tadbir Gred 29 (Jika anda gunakan DPA)
    2. Pegawai Tadbir Gred 41 (Boleh terus mohon guna BAS)
    3. Pegawai Tadbir Gred 44
    4. Pegawai Tadbir Gred 48
    5. Pegawai Tadbir Gred 52
    6. Pegawai Tadbir Gred 54
    7. Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C
    8. JUSA B
    9. JUSA A
    10. Turus III
    11. Turus II
    12. Turus I
    13. Ketua Setiausaha Negara (KSN)


SEKTOR SWASTA (Sekilas Pandang)

    1. Management Trainee
    2. Junior Executive
    3. Executive
    4. Senior Executive
    5. Assistant Manager
    6. Manager
    7. Senior Manager
    8. General Manager
    9. Assistant Director
    10. Director
    11. Chief Executive Officer (CEO)


PASARAN KERJAYA VS REALITI

Perjalanan untuk dapatkan kerjaya ini tidaklah semudah ABC. Meskipun jurusan ini mempunyai peluang kerjaya yang meluas, namun persaingan dan cabarannya juga tinggi.

Sebab apa?

Sebab bukan DPA dan BAS sahaja yang belajar ilmu pentadbiran dan pengurusan. Banyak lagi jurusan di luar sana yang mempelajari perkara yang sama.

Bidang pentadbiran dan pengurusan ini sangat umum. Walaupun BAS mempunyai penekanan subjek mengenai kerajaan dan politik, namun jawatan atau pengkhususan seperti itu biasanya muncul selepas kita dah masuk dalam kerajaan.

Biasanya pembuka jalannya ialah Pegawai Tadbir N41 atau Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Nak mohon dua jawatan ni yang agak struggle sebab saingan amat-amat hebat.

Saya bagi contoh mudah. Jawatan umum yang selalu dipohon oleh graduan lepasan ijazah (khususnya graduan pentadbiran pengurusan) ialah Pegawai Tadbir N41. Selain daripada lepasan BAS, lepasan HR, Business Management juga akan turut memohon. Beribu orang akan mohon jawatan yang sama.

Ini belum kira lagi lepasan graduan bidang lain seperti engineering, pendidikan, sains dan lain-lain. Masing-masing akan memohon juga jawatan N41 ini sebab nak tampung kos sara hidup.

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 pun sama. Jawatan ni bukan eksklusif untuk pelajar BAS sahaja. Mana-mana bidang pun boleh memohon asalkan ada kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.

Jadi, apa yang membezakan anda dengan beribu pemohon yang lain? Jawapan cliche-nya ialah nilai tambah. What makes you shine among the crowd? What makes them need to choose you?

Jumlah penggangguran di Malaysia berdasarkan statistik daripada Department of Statistics Malaysia (DOSM) setakat bulan Mei 2023 ialah 584,600. Boleh baca di sini: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/07/1124625/jumlah-penganggur-di-malaysia-semakin-berkurangan#google_vignette

Untuk dapatkan pekerjaan berdasarkan jurusan yang dipelajari, anda perlu bersaing dengan rakan-rakan anda, rakan dari IPT lain, golongan pengganggur sedia ada dan golongan lompat kerja.

Untuk tingkatkan kebarangkalian dapat kerja yang diingini, anda perlu menjadi unik dari yang lain. CGPA sahaja tidak cukup. Perlu ada nilai tambah. Daripada 584,600 orang tu, mungkin 300,000 pelajar bergraduat dengan anugerah dekan. Jika anda dapat anugerah dekan dan hanya berpandukan CGPA semata-mata, apa yang membezakan anda dengan 299,999 pelajar lain?

Maka sebab itu lah, sangat penting untuk anda mempersiapkan diri dengan memperoleh pengalaman kerja tambahan, memperkasa kemahiran individu dan membangunkan rangkaian profesional atau bahasa orang putih, networking.

Adakah jurusan DPA dan BAS menjamin pekerjaan dalam bidang yang dipelajari? TIDAK SAMA SEKALI. Baca lebih lanjut di sini: https://www.azaraslan.com/2023/07/adakah-jurusan-diploma-pentadbiran-awam.html


KESIMPULAN

DPA dan BAS mempunyai peluang kerjaya yang amat luas namun anda perlu mempunyai nilai tambah supaya anda dapat bersaing dengan lepasan graduan, penganggur dan golongan pencari kerja yang lain. CGPA sahaja tidak cukup. Anda perlu mempunyai soft skill dan hard skill bagi mengangkat diri anda. Untuk dapat kerja, anda memang perlu usaha lebih. Boleh baca tips soft skill dan hard skill di sini: https://www.azaraslan.com/2023/07/tips-untuk-meningkatkan-soft-skill-dan.html

Semoga bermanfaat buat semua. Mohon maaf atas kekurangan dan salah silap.

#azaraslan

Catat Ulasan

0 Ulasan