Checklist: Adakah Diploma Pentadbiran Awam Ini Jurusan Yang Sesuai Untuk Anda?



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Sekiranya anda berada di halaman ini, bermaksud anda mungkin sedang:

  • Keliru, sama ada patut atau tidak ambik jurusan ini, atau;
  • Jurusan ini sesuai ke tidak untuk anda? Atau;

Macam mana nak tahu jurusan ini sesuai untuk anda ataupun tidak? Boleh rujuk checklist di bawah. Tak semestinya kena fulfill semua perkara dalam checklist. Salah satu atau dua pun sudah memadai.

Sebelum itu, sukacita diingatkan bahawa jawapan yang saya berikan tidak mewakili mana-mana pihak. Jawapan yang diberikan adalah bersandarkan pengalaman dan ilmu saya sendiri, selain mengambil kira pemerhatian saya dan juga melalui pengalaman orang lain.

Okay jom kita mulakan.


CHECKLIST

01. ANDA MINAT UNTUK BEKERJA DALAM SEKTOR KERAJAAN

Sektor kerajaan ini luas. Dalam kerajaan, ada tiga peringkat yang boleh dimasuki iaitu:

  • Kerajaan persekutuan
  • Kerajaan negeri
  • Kerajaan tempatan (local government)

Sektor kerajaan juga meliputi badan berkanun dan government linked company (GLC).

Sekiranya dari awal lagi anda sudah pasang cita-cita untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), berhasrat nak jadi Ketua Pengarah Kementerian seperti mantan Ketua Pengarah KKM Tan Sri Dr. Norhisham, atau ada keinginan nak jadi Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian atau Jabatan, ataupun Ketua Setiausaha Negara (KSN), maka Diploma Pentadbiran Awam adalah jurusan yang sesuai.

Sebab apa? Sebab Diploma Pentadbiran Awam (DPA) ni ialah jurusan yang merangkumi pembelajaran mengenai pentadbiran dan pengurusan kerajaan secara umum. Pendek kata, anda belajar pasal kerajaan.

Secara umumnya, bila cakap pasal DPA, semestinya anda akan mempelajari subjek politik Malaysia, undang-undang, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan negara, pengajian dasar-dasar kerajaan dan macam-macam lagi.


02. ANDA MINAT UNTUK MENDALAMI DASAR (POLICY) KERAJAAN DAN PERATURAN ATAU UNDANG-UNDANG

Sebagai seorang pelajar DPA, anda dikehendaki untuk membaca dasar-dasar kerajaan. Kebiasaannya anda akan explore sesuatu dasar kerajaan apabila pensyarah memberikan assignment (dalam kuliah pun ada juga). Assignment berkaitan dasar kerajaan memerlukan anda untuk memberi komen, menganalisis, memberi cadangan untuk penambahbaikan.

Sebagai contoh, anda diberikan tugasan untuk mengkaji bahagian-bahagian tertentu dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Maka, anda perlu memberi komen, menganalisis dan memberi cadangan untuk penambahbaikan dasar ini.

Oleh sebab itu, pelajar perlu berfikiran kritis dan kritikal untuk hal ini. Anda juga perlu banyak membaca, bandingkan dasar kerajaan Malaysia dengan negara lain.

Selain daripada itu, dasar-dasar kerajaan juga akan menjadi point untuk menyokong jawapan anda dalam kertas peperiksaan. Maksudnya, maklumat-maklumat macam ni kena ingat la.

Sebab tu orang ramai kata, kalau suka membaca dan suka menghafal, DPA ni jurusan yang sesuai. Cuma bagi saya, kena tambah lagi satu perkara, iaitu - membaca, menghafal dan memahami apa yang dihafal. Lebih baik kita fahamkan apa yang dipelajari agar apa yang dibaca dapat diterjemah dengan ayat yang lebih mudah faham.

Jika anda ada keinginan untuk menjadi penggubal dasar, penganalisis dasar, wakil rakyat, ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri, maka DPA adalah salah satu haluan terbaik.


03. ANDA MINAT UNTUK BELAJAR ILMU PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN, DENGAN PENEKANAN TERHADAP KERAJAAN DAN POLITIK

DPA adalah jurusan yang mempelajari ilmu pengurusan dan pentadbiran. Ilmunya campur-campur, boleh digunakan untuk sektor kerajaan dan sektor swasta. Cumanya, DPA ni memberi penekanan terhadap kerajaan dan politik.

Zaman saya belajar dulu, pada semester dua, kami belajar subjek Introduction to Political Science. Semester tiga kami belajar mengenai Malaysian Politics. Semester empat pula, subjek Government and Politics.

Subjek berkenaan pentadbiran dan pengurusan yang berkaitan dengan kerajaan juga ada. Sebagai contoh, Public Financial Administration dan Public Personnel Administration.

Bagi saya, benda ni seronok, lagi-lagi kita boleh kaitkan pentadbiran dan pengurusan kerajaan, dengan ilmu-ilmu dari subjek politik.

Kita boleh nampak gambaran bagaimana kerajaan dan penjawat awam berfungsi, seterusnya bagaimana sistem kerajaan berfungsi.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca sini: https://www.azaraslan.com/2022/07/ringkasan-subjek-yang-dipelajari-dalam.html


04. ANDA BERMINAT NAK JADI AHLI POLITIK ATAU BEKERJA DENGAN PARTI POLITIK

Dalam fakulti saya (junior, senior dan satu batch), ada yang terlibat dalam politik. Ada yang memegang jawatan tertentu dalam parti-parti tertentu. Ada yang dalam UMNO, ada yang dalam PKR. Ada juga dalam DAP. Ada yang pernah bertanding PRU juga tau. Haa..

Lagi satu, ramai juga alumni DPA ni jadi ahli politik dekat Malaysia ni. Maka tidak asing lagi la DPA ni melahirkan ramai juga graduan yang menceburi bidang politik.

Jika anda ada minat nak jadi wakil rakyat iaitu ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri (DUN), atau berminat nak bekerja dengan ekosistem politik dengan menjadi ketua bahagian, cawangan, setiausaha politik dan sebagainya, boleh la belajar DPA.

Nanti anda boleh gunakan ilmu DPA dalam dunia politik pula.


KESIMPULAN

Sama ada DPA merupakan jurusan yang sesuai untuk anda ataupun tidak,  BERGANTUNG pada minat, kecenderungan dan matlamat kerjaya. Bagi saya, perkara utama untuk diambil kira ialah minat dan kebolehan.

Jika anda berminat dan mempunyai kebolehan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan, maka DPA boleh menjadi jurusan yang sesuai untuk anda. Memiliki minat dan kebolehan dalam bidang yang dipelajari akan membantu anda mengikuti program DPA dengan lebih baik.

Jika anda tidak minat, carilah jurusan lain. Sebab jika anda tak minat, mungkin anda akan putus asa dan berhenti di tengah jalan. Mana-mana jurusan pun sama juga.

Lebih baik ambil kursus yang diminati.

Elakkan ambil kursus disebabkan perkara ini:

  • "Tak ada peluang lain dah. Ambil jelah"
  • "Mak ayah suruh / Mak ayah paksa"
  • "Saya ikut kawan"

Sebagai seorang manusia atas muka bumi ni, kita semua boleh buat keputusan. Buatlah keputusan yang tidak menjerat diri sendiri. Sebab anda yang akan belajar. Mak ayah atau kawan-kawan tak boleh ambil exam untuk anda.

Anda juga boleh mendapatkan pandangan tambahan dengan berbincang bersama senior, pakar kaunseling kerjaya, keluarga atau orang yang bekerja dalam bidang pentadbiran awam untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai potensi dan peluang dalam bidang ini.

Mohon maaf atas kekurangan atas salah silap.

Sekian, terima kasih.

#azaraslan


Catat Ulasan

0 Ulasan