Shopee

Fuel filter baru (kiri) vs fuel filter lama (kanan)


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Semoga sidang pembaca dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan dan dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.


Posting kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan fuel filter Husky 150. Jemput baca.


Pendahuluan

Fungsi utama fuel filter adalah untuk menapis bendasing, karat atau kotoran dalam petrol sebelum masuk ke injector. Kalau fuel filter tersumbat, ia boleh menyebabkan enjin semput, kurang responsif atau motor susah hidup.


Jadi, sekiranya anda mengalami simptom di atas, mungkin itu adalah tanda-tanda fuel filter kena tukar.


Pengalaman Saya Tukar Fuel Filter

Kali pertama saya replace fuel filter ialah pada kilometer 12,000 iaitu pada bulan Mac 2025. Hari ini (24 September) saya replace fuel filter buat kali ke-2 pada kilometer 25,293km. Maksudnya lebih kurang 13,000km jarak antara first time dan second time replacement.


Jika berpandukan manual, manual SYM mengesyorkan penggantian setiap 10,000km. Dalam kes ni, saya terlebih 3,000km.




Simptom Bila Lewat Tukar Fuel Filter

Ada simptom pelik ke bila terlajak sampai hampir 3,000km? Berdasarkan penggunaan saya, tidak ada yang obvious kecuali kecekapan bahan api berkurang sedikit. Kita boleh rasa minyak cepat habis berbanding biasa. 


Kebiasaannya untuk pemanduan saya yang style abah-abah (bawa antara 70km/j ke 100km/j), full tank boleh pergi sejauh 550km sebelum indicator minyak menyala. Tetapi disebabkan saya lambat tukar fuel filter, saya observe full tank boleh pergi 480km - 500km sahaja sebelum indicator minyak menyala. Simptom seperti enjin rasa semput bila throttle tinggi, susah hidup pagi-pagi dan bunyi pam minyak jadi kasar tu tak ada setakat ni.


Jadi, untuk memastikan kecekapan bahan api berfungsi dengan efisyen dan baik, moleklah untuk kita tukar fuel filter mengikut manual. Kalau nak delay pun, jangan delay lama-lama sangat, lagi-lagi yang heavy user, daily ride long distance. Sebab jentera ni kita pakai hari-hari, so mesti kita nak dia always in the optimum performance.


Fuel Filter di Shopee

Saya beli fuel filter di Shopee. Kedai Shopee yang saya beli adalah kedai authorised Mforce dealer. Harga dalam RM25 - RM30 seunit. Boleh tekan link berikut: https://s.shopee.com.my/70AzpfYknS?share_channel_code=1


Jika ada yang ragu-ragu dengan Shopee Seller mana satu yang original, saya ada buat satu posting dekat sini: https://www.facebook.com/groups/3075304552745576/posts/3966724373603585/




Kos Upah Bengkel

Waktu kali pertama replace fuel filter, saya pergi bengkel authorised Mforce. Upah waktu tu ialah RM40. Antara kos upah yang murah saya temui. Tapi, saya jarang dah ke bengkel ni selepas warranty tamat, sebab sedikit jauh dari rumah serta kekangan masa dan kerja. Bengkel standard tutup pukul 6.00 petang. Ahad tutup. Bengkel ni berdekatan Pekan Rawang. Boleh search U Motor Trading.


Untuk kali ke-2 replace fuel filter, saya pergi bengkel berdekatan rumah untuk tukar. Upah ialah RM85. Yang bagusnya, bengkel ni buka sampai tengah malam. Ahad buka. Selasa cuti. Jadi, mudah untuk saya yang selalu sampai rumah malam. Balik kerja, terus boleh pergi bengkel. Mutu kerja pun memang tip-top. Yang duduk area berdekatan BTP Rawang, boleh singgah Tayar & Roda Motosikal.


Apapun, kalau ada kelengkapan dan masa, boleh belajar ganti sendiri.




Kesimpulan

Kesimpulannya, fuel filter mungkin kecil, tapi kesannya besar pada prestasi skuter. Kalau tak pening kepala, tukar je ikut saranan manual. Kalau nak delay, jangan delay lama-lama sangat, takut nanti masalah lain pula datang.


Rider-rider lain macam mana pula? Bila anda tukar fuel filter? Berapa bengkel caj upah?


Semoga perkongsian mengenai fuel filter ini bermanfaat. Terima kasih.


Azeem Raslan (AZAR)

azaraslan(dot)(com)

#SYMHusky150 #Husky150


---


Nota Tambahan:

Kalau nak beli brake pad original Husky, boleh tekan link ni: https://s.shopee.com.my/2B5CL3FoEy?share_channel_code=1


Bluetooth intercom (Tnicer G1EX) memang membantu untuk berkomunikasi dengan pasangan sepanjang ride. Boleh check sini: https://s.shopee.com.my/9UqGJnRaZW?share_channel_code=1


Senarai barang ride yang saya pakai (hook, bracket, box, phone holder, rain cover, helmet dll) boleh rujuk di sini: https://linktr.ee/azaraslan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Baju Hujan Tahan Lasak Kalis Air

Maxtag Touch N Go Smart Tag Holder