Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
Artikel sebelum ni, saya ada kongsikan pengalaman penggunaan petrol SYM Husky 150 selepas 10,000km dan 20,000km. Kali ni, saya nak sambung lagi cerita pasal kecekapan bahan api selepas odometer melepasi 25,000km. Saya buat catatan ini untuk tengok sama ada corak penggunaan minyak masih konsisten atau ada perubahan bila motor dah semakin lama dipakai.
Catatan Penggunaan
20 September 2025 → saya isi minyak penuh pada bacaan 24,976km.
1 Oktober 2025 → lampu indikator minyak menyala pada bacaan 25,541km.
Jarak yang dilalui dari full tank sampai lampu minyak menyala: 565km.
Lepas tu saya teruskan perjalanan sejauh 14km lagi, dan berhenti isi minyak semula di stesen berhampiran (odometer masa tu 25,555km).
Masa isi full tank balik, jumlah petrol yang masuk ialah 12.307L.
Kapasiti penuh tangki Husky 150 ni ialah 15L. Jadi bila isi balik 12.307L, bermaksud masih ada baki lebih kurang 2.693L dalam tangki.
Kiraan Kecekapan
Saya cuba la buat kira-kira kecekapan bahan api Husky ni. Berikut adalah kiraannya. Kalau saya salah, tolong betulkan ya.
Kiraan Hingga Lampu Minyak Menyala
Jumlah km dilalui: 25,541 – 24,976 = 565km
Jumlah petrol digunakan: 12.0L (anggaran, sebab angka tak dapat dipastikan)
Purata km/L: 565 ÷ 12.0L = 47.08 km/L
Anggaran jarak maksimum untuk full tank 15L: 45.9 × 15 = 706.2 km
Kiraan Hingga Isi Balik Full Tank
Jumlah km dilalui: 25,555 – 24,976 = 579km
Jumlah petrol digunakan: 12.307L
Purata km/L: 579 ÷ 12.307 = 47.0 km/L
Anggaran jarak maksimum untuk full tank 15L: 47.0 × 15 = 705.6 km
Apa Maksudnya?
Daripada kiraan ni, penggunaan petrol Husky saya selepas 25,000km masih sangat baik, iaitu sekitar 47 km/L. Jika ikut kiraan teori di atas, kalau isi full tank dan betul-betul guna sampai habis, mungkin boleh capai lebih kurang 700km. Brother Don Tz ada share dekat posting beliau: https://www.facebook.com/groups/3075304552745576/posts/4118716521737702/
Menariknya, masa lampu minyak menyala tu pun sebenarnya masih ada baki lebih kurang 3L dalam tangki. Dengan purata 47 km/L, baki tu boleh bawa motor jalan jauh lagi. Maksudnya, walaupun lampu minyak dah menyala, masih ada “ruang selamat” untuk cari stesen minyak sebelum betul-betul kering.
Sungguhpun begitu, walaupun ada baki minyak, jangan biasakan tunggu terlalu lama selepas lampu menyala baru nak isi. Kalau selalu “perah” sampai nak kering, lama-lama boleh jejaskan fuel pump. Jadi, eloklah isi awal bila lampu dah mula menyala.
Faktor yang mungkin mempengaruhi kecekapan bahan api adalah seperti berikut:
- Kelajuan saya bawa biasanya antara 60km/j - 100km/j. Bawa style abah-abah. Tak pulas throttle habis. Tak kejar kelajuan.
- Pergi kerja seorang sahaja. Tiada pembonceng / pillion.
- Berat saya dalam 65kg. Boleh jadi kurang beban pada enjin.
- Saya bawa 100km round trip (50km sehala). 70% atas highway, 30% town.
- Sentiasa servis motor on time. Minyak enjin full synthetic gred API SN, salin setiap 5000km. Sentiasa check angin tayar setiap 2 minggu. Saya pernah pakai PJ1 Scooter Oil: https://s.shopee.com.my/4Ar1E8xBsW?share_channel_code=1 dan sekarang pakai Petronas Sprinta A900: https://s.shopee.com.my/40Xb1uisgy?share_channel_code=1
- Fuel filter. Fuel filter yang bersih bantu memastikan aliran petrol ke enjin lebih lancar, sekali gus elakkan pembaziran minyak. Jika nak beli, boleh beli fuel filter di sini: https://s.shopee.com.my/70AzpfYknS?share_channel_code=1
Jimat Minyak Ke?
Bagi saya selaku pembawa kapcai Suzuki Shogun Axelo 125 yang tangki kecil (4.1 liter), makan minyak, kena isi minyak hari-hari sebelum ni, saya rasa Husky ni jimat dari segi masa dan juga pengisian petrol. Mungkin tidaklah banyak sangat penjimatannya, tetapi ada.
Sungguhpun begitu, perihal kecekapan bahan api / petrol ni agak subjektif. Ada orang kata jimat, ada orang kata tak jimat. Ada orang kata rasa macam jimat sebab tangki dia besar. Ada yang rasa biasa je.
Isi Minyak Guna Setel
Kalau nak isi minyak, khususnya yang biasa pakai Petronas, saya sarankan guna Setel app. Senang pantau, senang isi, jimat masa. Saya sendiri memang pengguna Setel app bila isi minyak. 3 tahun dah commit. Sekarang ni ada BUDI95. Lepas dah verify IC dalam aplikasi, terus boleh guna BUDI95 secara automatik. Tak payah pergi kaunter. Semua boleh selesai dalam telefon.
Nak cuba Setel? Boleh muat turun di sini: https://www.setel.com/ref/mxjxw
Kesimpulan
Selepas 25,000km, saya boleh katakan kecekapan petrol SYM Husky 150 masih konsisten dan tidak jatuh walaupun motor dah lama digunakan. Untuk motor 150cc, purata 47 km/L memang sangat memuaskan, terutama kalau jenis suka touring atau ulang-alik jauh setiap hari.
Yang lain macam mana? Satu full tank, berapa kilometer boleh pergi?
Semoga perkongsian ini bermanfaat, sekian terima kasih.
#Azaraslan #Husky150 #SYMHusky150
---
Nota Tambahan:
Kalau nak beli brake pad original Husky, boleh tekan link ni: https://s.shopee.com.my/2B5CL3FoEy?share_channel_code=1
Bluetooth intercom (Tnicer G1EX) memang membantu untuk berkomunikasi dengan pasangan sepanjang ride. Boleh check sini: https://s.shopee.com.my/9UqGJnRaZW?share_channel_code=1
Senarai barang ride yang saya pakai (hook, bracket, box, phone holder, rain cover, helmet dll) boleh rujuk di sini: https://linktr.ee/azaraslan
Catat Ulasan