Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Semoga semua sidang pembaca sihat-sihat sahaja dan dikurniakan kesihatan berpanjangan.
1. Sambung Master Sebab Tak Ada Kerja
Cadangan: Kalau awak masih belum dapat kerja, cuba fokus pada internship, freelance atau skill tambahan yang relevan.
2. Masih Tak Jelas Matlamat
3. Kewangan Tak Kukuh
Cadangan: Pastikan ada plan kewangan yang stabil. Kalau tidak, kerja dulu beberapa tahun untuk kumpul duit atau tunggu peluang biasiswa.
4. Tiada Minat Sebenar dalam Research/Belajar
Cadangan: Kenal pasti minat sebenar. Kalau minat kerja hands-on, mungkin lebih baik tambah sijil profesional daripada master.
5. Hanya Ikut Kawan atau Tekanan Keluarga
Cadangan: Sambung master bila awak sendiri betul-betul nak, bukan sebab orang lain.
Kesimpulan
Master memang boleh beri banyak peluang dari segi kerjaya, ilmu dan networking. Tapi kalau salah niat atau belum bersedia, ia boleh jadi beban besar. Jangan risau kalau awak nak pause belajar dulu. Dunia kerja sentiasa ada ruang untuk belajar skill baru tanpa perlu terus terjun ke master.
Ingat, sambung master bukan perlumbaan. Ia adalah pilihan. Dan pilihan itu mesti selari dengan keadaan hidup awak sendiri. Tak perlu nak ikut orang lain. Kita patut tengok keupayaan diri kita. Nilai diri sendiri terlebih dahulu.
Semoga artikel ini memberi perspektif baharu untuk anda mengenai master.
Untuk pembaca yang nak tahu realiti sebenar buat master, boleh baca di sini: https://www.azaraslan.com/2021/08/pengalaman-realiti-sambung-master.html
Perkongsian berikut adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri buat master di UiTM.
Sekian, terima kasih.
Ahmad Azeem bin Ahmad Raslan (AZAR)
Alumni Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM
Diploma Pentadbiran Awam, 2013-2016
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian), 2016-2018
Ijazah Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran, 2018-2020
#Azaraslan
Catat Ulasan