Umum mengetahui bahawa YB DS Dr Zaliha Mustafa telah tamat perkhidmatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Sepanjang perjawatan YB, saya berkesempatan untuk menjadi jurufoto rasmi YB secara part time dalam lebih kurang 50 program atau aktiviti meliputi pelbagai lapisan masyarakat, agensi dan kerajaan.
Di sebalik lens kamera, saya menyaksikan sendiri bagaimana YB DS Dr Zaliha bekerja. Jadual kerja YB memang sentiasa sarat dan padat. Teringat dulu pada awal 2024, saya mengikuti delegasi YB ke WP Labuan untuk lawatan kerja selama 7 hari. Sepanjang 7 hari, YB ada 21 program. Fuh~ Memang penat.
YB sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan peribadi. Dan inilah yang menyebabkan rakyat nampak YB memang buat dan kuat bekerja.
Terima kasih Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) khususnya En Akmal Ridzuan Abd Rahim atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.
Kepercayaan yang diberikan ini merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna dan tidak ternilai buat saya secara peribadi dan profesional. Terima kasih atas kerjasama, sokongan dan ruang yang diberikan sepanjang perjalanan ini.
Teringat kata-kata En Akmal (maksud lebih kurang begini) sewaktu di WP Labuan, "Apa yang kita buat di sini hari ini, kita berkhidmat untuk negara. Kita secara langsung terlibat dalam proses sejarah bakal terukir, biarpun orang tidak kenal kita sebab kita bekerja di sebalik tabir".
Semoga segala jasa dan sumbangan YB DS Dr Zaliha terus dikenang. Didoakan agar dikurniakan kejayaan dan dipermudahkan segala urusan untuk masa hadapan.
InsyaAllah.
#DrZ #DrZalihaMustafa

Catat Ulasan