Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Mengimbau kembali short ride one-day trip dengan jentera Husky k150 e Kuala Langat bersama isteri tercinta pada 11.12.2025.
Banyak tempat saya pergi waktu ni.
- Bukit Jugra
- Kampung Hills Eatery
- Pantai Kelanang
- Jeti Nelayan Kampung Kelanang
- Istana Bandar
- Masjid DiRaja Sultan Alaeddin
- Pantai Morib
- Ahmad Cafe
Jemput tonton video untuk dapatkan gambaran lanjut.
Riding Experience Waktu Mendaki Bukit Jugra:
- Waktu ride, cuaca mendung. Bila sampai puncak, rujan rebas, menjadikan suasana sekitar dingin dan sejuk.
- Nak sampai ke Puncak Tinjau Bukit Jugra ni tak jauh sangat pun dari bawah. Rasanya antara 5-10km je.
- Tapi... Jalannya kecil dan banyak selekoh tajam. Jadi, hati-hati bawa motor.
Puncak Tinjau Bukit Jugra
- Puncak Tinjau ni memang ada breathtaking and scenic view. Cantik untuk tangkap gambar.
- Dekat sini juga ada Rumah Api Bukit Jugra.
- Waktu saya dekat sini, ada juga abang2 motor yang bawa motor sampai ke tebing puncak tinjau tu. Tapi... Kena hati2 sebab bahaya. Boleh jatuh kalau salah cara bawa. Saya park motor dekat parking bersama dengan beberapa motor yang lain.
- Atas ni takde bayaran apa-apa.
- Sini juga merupakan kawasan monyet liar. Jadi, kalau bawa telefon dan makanan tu kena sentiasa berwaspada.
- Sini ada satu jalan kecil untuk naik lagi sampai atas. Saya dah naik sampai atas, tapi atas tu private area / land. So, tak boleh masuk.
Riding Experience Waktu Menurun:
- Waktu turun, jalan dia curam, kecil dan selekoh sangat tajam.
- Jangan bawa laju sangat. Ada tendency untuk overshoot. Maka, hati-hati bila bawa motor.
- Waktu saya turun, saya bawa slow, saya banyak main brek berbanding pulas throttle. Saya cruise je.
Destinasi Lain:
- Seperti yang saya mention di atas, itulah tempat-tempat yang saya pergi.
- Kampung Hills Eatery dan Ahmad Cafe bagi saya makanan dia biasa-biasa je.
- Pantai Kelanang adalah port sesuai untuk family berkelah.
- Pantai Morib ada bahagian lama dan baharu. Bahagian lama tutup sementara.
- Istana Bandar, temporarily closed. Kalau nak ke masjid, akan lalu sini dulu sebab masjid dan istana sebelah-sebelah je.
- Masjid DiRaja Sultan Alaeddin adalah bangunan bersejarah dan cantik. Masjid tertua di Selangor. Selesa.
Overall?
- Seronok naik Bukit Jugra.
- Jalan tak sesuai kalau nak main corner.
- Seronok explore Kuala Langat.
- Motor Husky 150 memang steady, tak ada masalah mendaki.
- Petrol maintain jimat macam biasa.
- Bluetooth intercom (Tnicer G1EX) memang membantu untuk berkomunikasi dengan pasangan sepanjang ride. Boleh check sini: https://s.shopee.com.my/9UqGJnRaZW?share_channel_code=1
NOTA TAMBAHAN:
Senarai barang ride yang saya pakai (intercom, box, phone holder, rain cover, helmet dll) boleh rujuk di sini: https://linktr.ee/azaraslan
Pengalaman saya ride ke Bukit Tinggi: https://www.facebook.com/groups/3075304552745576/posts/4143778782564809
Pengalaman saya ride ke Bukit Fraser: https://www.facebook.com/groups/3075304552745576/posts/4083855995223755/
Pengalaman saya ride ke Genting Highlands: https://www.facebook.com/groups/3075304552745576/posts/3894342204175136/
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekian, terima kasih.
Catat Ulasan