Kalau sokong kelab sebab trofi, mungkin Arsenal bukanlah pilihan yang terbaik.
Kali terakhir Arsenal menjulang English Premier League adalah pada musim 2003/04, musim legenda Arsenal Invincibles, menang EPL dengan rekod tanpa kalah.
Untuk piala domestik, kali terakhir mereka memenangi FA Cup adalah pada 2020, manakala EFL Cup pula kali terakhir dimenangi pada 1993.
Di pentas Eropah, ceritanya lebih panjang... UEFA Champions League (UCL) masih belum pernah dimenangi. Cerita UCL final tahun 2006 masih berbekas di hati peminat Arsenal. UEFA Europa League (UEL) juga belum pernah berjaya dibawa pulang. Berjaya sampai final pada tahun 2019 namun kalah.
Ada satu tempoh yang cukup lama di mana Arsenal dikenali sebagai “raja top 4” sebab konsisten layak ke Liga Juara-Juara, walaupun tidak menjulang trofi utama.
So close, yet so far...
Jadi persoalannya:
Kenapa masih ada yang setia?
Ditambah pula dengan satu fenomena yang agak kelakar iaitu ramai penyokong kelab lain yang cukup suka tengok Arsenal kalah.
Kenapa?
Sebelum anda meneruskan bacaan, saya ingin menjelaskan bahawa kupasan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang peminat Arsenal FC sejak kecil lagi. Pandangan saya mungkin berbeza dari peminat yang lain. alert-info
1) Jatuh Cinta Pada Identiti, Bukan Trofi
Ramai penyokong Arsenal bukan bermula kerana kemenangan.
Mereka jatuh cinta dengan cara permainan yang dikenali sebagai “Wenger Ball” di era Arsène Wenger.
Permainan laju, kemas, dan cantik dipandang.
Nama seperti Thierry Henry, Dennis Bergkamp dan Patrick Vieira bukan sekadar pemain. Mereka membentuk identiti.
Dan bila seseorang dah jatuh cinta dengan cara, bukan sekadar hasil, kesetiaan itu lebih susah untuk hilang.
2) Membesar dan Berada Bersama Jatuh Bangun Arsenal
Arsenal bukan kelab yang sentiasa berada di atas. Macam roda, ada waktu di atas, ada waktu di bawah.
Perpindahan dari Highbury Stadium ke Emirates Stadium bukan sekadar tukar stadium. Ia adalah fasa pengorbanan.
Banyak kos diperuntukkan untuk perpindahan ini, dan Arsenal perlu recover financially.
Arsène Wenger terpaksa mengurus kelab dalam keadaan kewangan yang ketat, sambil cuba kekalkan daya saing.
Dalam era kelab lain berbelanja besar, Arsenal memilih untuk bertahan. Arsenal berjaya untuk kekal jadi raja top four untuk bertahun-tahun lamanya.
Dan penyokong ikut sama rasa fasa itu.
Kesetiaan lahir daripada pengalaman, bukan semata-mata kejayaan yang Arsenal kecapi.
3) Addicted to Hope / Masih Berharap
Penyokong Arsenal bukan sekadar setia. Mereka sudah terbiasa dengan satu perkara iaitu harapan.
Setiap musim, ada sebab untuk percaya. Setiap kali jatuh, ada alasan untuk bangkit semula.
Bila pasukan mula perform, harapan datang. Bila jatuh, mereka kata “musim depan kita cuba lagi”. Macam Netflix, see you next season.
Dan kitaran ini berulang… setiap tahun.
Mungkin bunyinya memenatkan.
Tapi bagi penyokong Arsenal, itulah yang buat mereka terus kekal. Terus berharap.
Beberapa musim kebelakangan ini, di bawah Mikel Arteta, Arsenal kembali menjadi pencabar serius.
Dengan pemain seperti Bukayo Saka, Gabriel Martinelli, Martin Odegaard dan lain-lain, penyokong nampak masa depan. They start to believe.
Dan inilah yang buat mereka terus setia. Harapan itu sentiasa ada. Tapi... Seperti yang diperkatakan, it's the hope that kills you.
Jadi fans Arsenal ni, memang selalu sakit jantung juga la bila tonton match, tengok progress. Ada waktu kita marah, mengamuk, bising, melenting, tapi last-last tetap sokong kelab dan berharap kelab menang.
Nak jadi Arsenal fan ni, it's not for the weak la senang kata.
4) Ikatan Emosi Terhadap Kelab
Point ke-4 ni pun berkait rapat dengan point ke-3.
Arsenal bukan tak pernah rasa kejayaan.
Sebagai contoh, Arsenal Invincibles 2003–04 adalah bukti. Satu musim tanpa kalah. Suatu kejayaan berprestij yang menghadiahkan trofi emas buat kelab.
Arsenal juga semestinya pernah melalui fasa kejatuhan.
Final UEFA Champions League Final 2006 menjadi antara kenangan paling menyakitkan.
Arsenal mendahului, bermain dengan 10 orang, bertahan sehabis mungkin, sebelum akhirnya tewas 2-1 kepada FC Barcelona.
Itu jenis kekalahan yang buat penyokong diam lama selepas perlawanan habis. Even pengurus Arsenal iaitu Arsene Wenger pun dia kata dalam buku dia, dia tak tengok dah highlights ataupun video pasal game tu. Sebab terlalu frust dan kecewa. Arsenal adalah kelab pilihan untuk menang UCL pada tahun 2006, kerana prestasi Arsenal yang amat bagus.
Selain itu, Arsenal sudah mencatat 3 kali tempat ke-2 untuk tiga season berturut-turut. Hujung-hujung season, tetaplah kena cantas atau tidak perform seperti yang sepatutnya.
Kekalahan seperti ini yang sebenarnya mengikat emosi penyokong sebab mereka melalui sakit itu bersama kelab.
5) Komuniti dan Fanbase Yang Kuat
Menjadi penyokong Arsenal juga bermaksud tahan dengan banter.
Dan ironinya, itu yang menguatkan fans Arsenal.
Fans Arsenal faham perasaan sesama sendiri:
- Harapan setiap musim
- Kekecewaan yang berulang
- Keyakinan yang sentiasa kembali, kemudian dipatahkan semula
Ia jadi satu “shared experience” yang hanya penyokong Arsenal benar-benar faham.
6) Percaya Pada Proses
Ini mungkin sebab paling penting.
Penyokong Arsenal sudah terbiasa dengan:
- Percaya pada pembangunan jangka panjang
- Sabar dengan proses
- Menyokong walaupun hasil belum tiba
Kesetiaan mereka bukan kerana Arsenal sentiasa menang, tetapi kerana mereka percaya suatu hari nanti, usaha itu akan membuahkan hasil.
Kenapa Penyokong Kelab Lain Suka Arsenal kalah?
Ada satu fenomena menarik. Ramai juga yang bukan penyokong Arsenal… tapi cukup suka tengok Arsenal kalah. Suka tengok fans Arsenal menderita.
Kenapa?
Sebab Arsenal berada dalam kategori yang unik:
- Kelab besar dengan sejarah hebat
- Fanbase yang kuat dan vokal
- Tapi trofi besar tidak konsisten
Gabungan ini menjadikan Arsenal sasaran mudah untuk banter.
- Bila menang, orang kata “biasalah, hype je lebih tu. Baru 1 game / awal season”.
- Bila menang, orang kata, "alah, hujung season nanti dapat nombor 2 juga"
- Bila kalah, terus jadi bahan.
- Bila kalah, mulalah fans lain kata Arsenal fans akan kembali buka cerita sejarah, contohnya zaman kegemilangan invincibles.
Namun ironinya, semua ini sebenarnya menguatkan lagi penyokong Arsenal. Sebab fans Arsenal kebanyakannya jenis setia dengan kelab. Fans lain attack kita, kita layankan aje. Orang kata Arsenal ni kelab mandul piala, kelab delulu, delusional, angan-angan mat jenin, tak berpijak di bumi nyata, kelab "elephant on the tree. Nobody knows how it got there, but eventually will fall", kelab yang patut dapat piala untuk raja kena potong saat akhir dan sebagainya la.
Kita as fans Arsenal dah rasa macam-macam dah. Hahaha. Tahan jelah.
Penutup
Akhirnya, menyokong Arsenal bukan sekadar tentang trofi.
Ia tentang identiti, perjalanan, dan harapan yang tidak pernah benar-benar padam.
Walaupun sering “so close, yet so far”, penyokong Arsenal masih kekal ada. Masih setia. Masih percaya. In Arteta we trust.
Kesetiaan fans sebenar diuji bukan ketika menang tetapi ketika tiada apa untuk diraikan.
Semoga sesi 2025/2026 ini membuahkan hasil buat Arsenal.
#Arsenal #COYG #Azaraslan

Catat Ulasan