Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Semoga semua baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan.
Artikel kali ini akan menyentuh satu topik yang mungkin sedikit sensitif, iaitu berkaitan program persatuan pelajar.
Sebelum anda meneruskan bacaan, saya ingin menjelaskan bahawa kupasan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sendiri sepanjang terlibat dalam penganjuran program.
Saya juga tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan dalam perkara ini.
Penulisan ini bukan bertujuan untuk mengkritik mana-mana pihak, tetapi sebagai refleksi dan rujukan untuk kita sama-sama memperbaiki cara kita merancang dan melaksanakan program persatuan pelajar pada masa akan datang.
Pengenalan
Di kolej dan universiti, kita selalu nampak kelab atau persatuan aktif buat macam-macam program. Aktiviti tersebut merangkumi:
- Seminar
- Workshop
- Aktiviti CSR dan Kebajikan
- Karnival
- Collaboration sana sini
- Dan macam-macam lagi
Jika kita lihat secara surface, fuh.. Nampak busy. Nampak function. Rasa impressed.
Tapi bila ditanya satu soalan… Apakah impak program tu?
Tak semua persatuan atau AJK program atau Pengarah Program boleh jawab dengan jelas.
1. Program Banyak ≠ Berjaya
Ramai anggap bila kelab buat banyak program, itu tandanya persatuan itu berjaya.
Hakikatnya belum tentu lagi sebenarnya.
Ada program yang:
- Nampak ramai penyertaan, tapi sebenarnya peserta pun ramai dalam kalangan AJK dan kawan-kawannya (planted audience);
- Program dijalankan sebab nak cukupkan KPI;
- Sekadar nak ada gambar untuk report, bagi nampak gah untuk post di media sosial dan dokumentasi mohon anugerah;
- Nampak meriah, tapi sebenarnya program tu lebih kepada manfaat kepada AJK berbanding pelajar
Nampak power, tapi kosong dari segi nilai. Ayat lain, program syok sendiri.
Spotlight Media ≠ Impak
Satu lagi persepsi yang sering berlaku dalam kalangan pelajar adalah apabila sesuatu program mendapat liputan media atau perhatian di media sosial, ia dianggap sebagai satu kejayaan besar.
Tidak dinafikan, liputan media memberi nilai dari segi visibility dan branding.
Namun begitu, ia tidak semestinya mencerminkan impak sebenar kepada peserta.
Program yang masuk berita mungkin nampak hebat di mata orang luar, tetapi persoalannya:
Kerana hakikatnya, media hanya merakam apa yang berlaku di permukaan, bukan apa yang berlaku selepas program itu berakhir.
2. “Syok Sendiri” Tanpa Sedar
Seperti yang saya sebut di perkara 1 iaitu "Program Syok Sendiri", ini adalah realiti yang jarang orang cakap.
- Kita sendiri rasa best, mantap betul (mantap betul) dan wow;
- Tapi hakikatnya audience tak dapat manfaat apa-apa daripadanya
Contoh syarat program syok sendiri:
- Pengisian tak kena atau tak sesuai dengan keperluan pelajar
- Aktiviti dibuat sebab “nampak menarik, nampak glam”, bukan sebab nak selesaikan masalah atau mewujudkan peluang seperti percambahan ilmu, pekerjaan dan sebagainya
- Attendance sebab dipaksa, bukan sebab pelajar minat
Contoh lain yang selalu kita nampak adalah penganjuran karnival besar-besaran oleh persatuan pelajar.
Artis dijemput untuk tarik crowd, vendor dan food truck dibawa masuk untuk memeriahkan suasana.
Memang meriah. Memang ramai orang datang.
Tapi persoalannya, apa yang pelajar sebenarnya dapat daripada karnival tersebut?
Adakah ia sekadar hiburan semata-mata?
Atau ada nilai tambah seperti peluang keusahawanan, pendedahan industri atau platform untuk pelajar sendiri berkembang?
Kalau karnival hanya berfungsi sebagai tempat makan, bergambar dan hiburan tanpa elemen pembangunan atau pembelajaran, maka ia berisiko menjadi satu lagi program “syok sendiri” yang nampak gah, tetapi kurang memberi impak jangka panjang kepada pelajar.
3. Masalah Utama: Tak Ada Matlamat Jelas
Punca utama ialah program tak jelas nak capai apa.
Sebelum buat program, jarang orang betul-betul define:
- Siapa target?
- Masalah apa nak solve?
- Apa outcome yang kita nak?
3 Soalan Wajib Sebelum Buat Program
Sebelum kita proceed dengan mana-mana program, cuba tanya 3 soalan ini:
- Siapa sebenarnya target kita?
- Adakah pelajar tahun 1, final year, atau komuniti luar?
- Masalah apa yang mereka sedang hadapi?
Adakah mereka kurang exposure, kurang skill atau kurang peluang?
Apa perubahan yang kita nak capai selepas program?
Adakah mereka lebih faham, lebih yakin atau ada sesuatu yang boleh terus apply?
Kalau tiga soalan ini tak ada jawapan yang jelas, besar kemungkinan program itu akan jadi sekadar aktiviti yang kurang atau tiada impak.
4. Bezakan Aktiviti vs Impak
Fahamkan dulu terma ini:
Aktiviti = apa kita buat
Impak = apa orang dapat
Contoh:
Aktiviti: buat seminar 3 jam
Impak: peserta faham skill tertentu & boleh apply
Kalau program dah habis tapi:
- Peserta tak belajar apa-apa
- Tak ada perubahan
- Tak ada value
Itu bukan impak.
Macam Mana Nak Tahu Program Itu Ada Impak?
Impak bukan sekadar rasa “program berjalan lancar”.
Antara cara mudah untuk ukur:
- Feedback berkualiti daripada peserta (bukan sekadar “best” atau “menarik”)
- Perubahan selepas program (contoh: peserta mula apply skill atau ambil tindakan)
- Follow-up action (contoh: peserta join program lanjutan, dapat internship, atau bina network)
Kalau semua ini tak berlaku, mungkin kita perlu nilai semula keberkesanan program tersebut.
5. Program Yang Ada Impak Akan Nampak Berbeza
Program yang betul-betul jadi biasanya ada ciri ini:
- Target audience jelas
- Content relevant
- Ada hasil yang boleh nampak atau ukur
Contoh:
- Peserta gain skill
- Peserta dapat peluang (network / exposure)
- Ada perubahan behaviour atau knowledge
Nampak simple, tapi dengan adanya determinant ni, ia boleh ubah perancangan kita untuk hasilkan program yang lebih komprehensif.
Contoh: Program CSR (Corporate Social Responsibility) - Tapi Dua Outcome Berbeza
Versi “Syok Sendiri”
Program CSR dianjurkan ke sebuah kawasan komuniti atau rumah kebajikan.
Aktiviti termasuk:
- Gotong-royong pembersihan
- Sumbangan barang keperluan
- Sesi bergambar bersama penerima bantuan
Program berjalan lancar dan nampak meriah. Banyak gambar diambil untuk laporan dan media sosial.
Namun, interaksi dengan komuniti adalah minimum. Aktiviti lebih tertumpu kepada pelaksanaan tugasan daripada pemahaman sebenar terhadap keperluan mereka.
Selepas program tamat, hubungan dengan komuniti terhenti setakat itu sahaja.
Tiada susulan.
Tiada kesinambungan.
Tiada perubahan jangka panjang yang jelas kepada kedua-dua pihak.
Akhirnya, program lebih kepada “one-day charity activity” berbanding inisiatif pembangunan komuniti.
Versi “Ada Impak”
Program CSR yang sama, tetapi dirancang dengan pendekatan berfokus kepada impak.
Sebelum program, pasukan pelaksana menjalankan sesi tinjauan awal (needs assessment) untuk memahami masalah sebenar komuniti sasaran.
Daripada sekadar datang memberi bantuan, program dirangka dengan elemen:
- Sesi dialog bersama komuniti
- Aktiviti pendidikan (contoh: kesihatan, kewangan asas atau kemahiran kecil)
- Penglibatan aktif bersama penduduk, bukan jadi pasif
Selain sumbangan fizikal, program turut memberi fokus kepada pemindahan ilmu dan kesedaran.
Selepas program:
- Ada follow-up melalui komunikasi dengan wakil komuniti
- Ada cadangan program susulan
- Ada hubungan berterusan antara pelajar dan komuniti
Di sini, CSR bukan sekadar “turun bagi barang dan balik”, tetapi satu proses membina hubungan dan perubahan kecil yang berterusan.
6. Kurangkan Program, Tingkatkan Kualiti
Sebenarnya, kita tak perlu buat program yang terlalu banyak pun.
Kita perlu program yang lebih berfokus.
Daripada:
- 10 program biasa-biasa
Lebih baik:
- 3 program yang betul-betul ada impak
Ini lebih:
- Mudah urus
- Lebih berkualiti
- Lebih diingati
Penutup
Buat program itu penting.
Tapi lagi penting adalah impak yang ditinggalkan selepas ia berakhir.
Kalau jawapannya tak jelas, mungkin kita perlu rethink semula cara kita merancang program.
Sebab akhirnya, kita bukan sekadar nak tengok berapa banyak program yang kita berjaya anjurkan, tetapi berapa banyak nilai yang kita mampu beri.
Saya juga tidak menafikan, saya sendiri pernah berada dalam situasi ini.
Saya pernah terlibat dalam penganjuran program yang mungkin dari segi luar nampak “meriah” dan “berjaya”, tetapi jika dinilai semula, ada juga elemen yang lebih cenderung kepada “syok sendiri”.
Dari situ saya belajar bahawa pengalaman sebenar sebagai AJK bukan hanya tentang melaksanakan program, tetapi menilai semula sama ada ia benar-benar memberi manfaat kepada peserta atau tidak.
Dan dari kesilapan itu, kita belajar untuk jadi lebih baik.
Ini bukan soal salah atau betul.
Tetapi soal bagaimana kita boleh terus improve dalam setiap perancangan akan datang.
Sekian, terima kasih.
#Azaraslan

Catat Ulasan