Shopee



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan dan dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.

Kepada rakan-rakan yang sedang buat degree, master atau PhD, anda sudah pasti akan lalui fasa buat research. Mungkin akan lalu lagi selang beberapa semester, ataupun mungkin anda sekarang tengah melaluinya.

Kepada yang sedang atau akan melaluinya, pemilihan tajuk research sudah pasti menjadi perkara yang berlegar di fikiran. Research ni suatu subjek yang memberi impak besar sekiranya tidak ditentukan perancangannya dari awal.

Research juga adalah subjek yang ramai pelajar terkandas di peringkat awal, pertengahan dan fasa akhir.

Antara punca utama kenapa ramai pelajar sangkut masa buat research sebenarnya bukan sebab tak pandai atau tak boleh buat.

Tapi sebab popular iaitu: Salah pilih tajuk.

Bila tajuk tu kita tak minat, setiap kali nak buka laptop pun rasa berat.

Tapi bila tajuk tu kena dengan minat kita, tanpa dipaksa pun kita akan explore sendiri.


1. Tajuk Research Bukan Sekadar Lepas Syarat

Ramai pelajar pilih tajuk dengan mindset:

  • Asalkan senang lulus;
  • Asalkan supervisor approve;
  • Asalkan ada sample study

Ya, benda tu penting.

Tapi kalau tak ada minat langsung, anda akan struggle sepanjang proses research. Antara cabaran yang akan terjadi ialah:

  • Nak membaca jurnal pun malas;
  • Nak cari bahan pun tangguh-tangguh;
  • Nak tulis pun tak ada motivasi

Natijahnya, progress research pun jadi slow. Akhirnya, kita sendiri stress bila research tak jalan.


2. Bila Minat Ada, Research Jadi Lebih Senang Nak Buat

Dalam pembikinan research atau thesis ni, biasanya ada 2 situasi. Kita pecahkan situasi A dan situasi B.

Situasi A:
Kalau awak buat tajuk yang awak tak minat, awak akan rasa semua benda macam terpaksa.

Situasi B:
Jika awak buat tajuk yang awak sendiri pun curious, semestinya awak akan:

  • Excited jika jumpa new findings dalam artikel baharu;
  • Ada rasa sifat ingin tahu yang lebih mendalam;
  • Ada idea untuk mencambah dan memperkembangkan research;

Dua-dua situasi akan mempengaruhi momentum buat research. Situasi A akan slow down momentum manakala Situasi B meningkatkan momentum.

Waktu saya belajar degree dan master dulu, saya ambil tajuk yang boleh dikaitkan dengan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). BSMM adalah benda yang saya minat nak explore further.

Tajuk research master


3. Tanya Diri Sendiri Soalan Ini Sebelum Pilih Tajuk

Sebelum confirm tajuk, tanya diri:


1. Aku betul-betul curious tak pasal benda ni?

Kalau ada rasa nak tahu, itu adalah petanda baik. Lagi curious lagi bagus sebab kita rasa nak ambil tahu.


2. Aku sanggup baca benda ni berulang kali?

Sebab apa? Sebab research memang akan banyak kali membaca, termasuklah baca benda yang sama. Sebab setiap kali baca benda yang sama, mungkin kita akan terjumpa findings yang baharu ataupun tersirat.


3. Topik ni relate dengan masa depan aku tak?

Contoh:

  • Kerjaya
  • Industri
  • Personal interest

Kalau jawapan “ya” untuk sekurang-kurangnya 2 soalan, itu dah cukup strong untuk teruskan tajuk tu.


4. Jangan Terlalu Ikut Orang

Kadang-kadang kita nampak kawan ambil tajuk power. Kita pun rasa intimidated sebab nampak advanced dan impressive.

Tapi... Jangan risau. Tajuk tu mungkin sesuai dengan kawan kita. Kita jangan terikut-ikut dia. Sebab belum tentu tajuk power tu sesuai dengan kita.

Tajuk tak bombastik pun tak apa, as long kita minat nak buat.

Hakikatnya, subjek research bukan pertandingan siapa paling nampak hebat, tetapi siapa yang boleh habiskan sampai siap dengan findings yang konkrit. At the end of the day, kita nak research kita ni contribute to the body of knowledge and give pathways to new exploration.


5. Minat dan Praktikal

Walaupun minat penting, jangan lupa tentang practicality:

  • Data senang dapat tak?
  • Scope research terlalu besar atau terlalu spesifik atau tengah-tengah?
  • Ada guideline tak daripada supervisor?

Best situation ialah pilih tajuk yang awak minat + logically boleh execute. Kalau minat tapi terlalu complicated, nanti boleh stuck juga.


6. Tajuk Yang Betul Boleh “Carry” Awak Sampai Habis

Bila tajuk kena dengan jiwa:

  • Hari malas pun masih boleh buat sikit
  • Bila jumpa info baru rasa puas
  • Ada rasa ownership pada research tu

Dan paling penting, awak lebih cenderung untuk habiskan research. Bukan tergantung sepi.


Penutup

Kalau awak tengah pening nak mula research, jangan terus fikir pasal methodology atau data dulu.

Start dengan satu benda paling penting iaitu pilih tajuk yang awak sendiri nak explore.

Sebab bila ada minat:

  • Research jadi lebih mudah
  • Proses berupaya jadi lebih lancar
  • Dan peluang untuk siap… jauh lebih tinggi
Ingat, jangan pilih tajuk bombastik semata-mata. Kalau tajuk bombastik, data banyak, tapi tak minat, tak guna juga, sebab kita tak ada motivasi dan curiosity nak dig deeper tajuk research tu.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Sekian, terima kasih.


Ahmad Azeem bin Ahmad Raslan (AZAR)

Alumni Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM
Diploma Pentadbiran Awam, 2013-2016
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian), 2016-2018
Ijazah Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran, 2018-2020

#Azaraslan #Research #Thesis

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Baju Hujan Tahan Lasak Kalis Air

Maxtag Touch N Go Smart Tag Holder