Shopee


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.


Ramai pelajar bila masuk Pentadbiran Awam / Sains Pentadbiran, satu benda yang terus terlintas dalam fikiran, “aku nanti kerja kerajaan lah ni.” Dan saya faham kenapa.


Nama pun Pentadbiran Awam / Sains Pentadbiran. Memang nampak macam jalan dia straight forward: Kita belajar → grad → masuk sektor awam.


Tapi realitinya… tak semestinya macam tu. Jalan tidak selurus itu. Pasti ada bengkang-bengkok simpang-siurnya.


Saya sendiri tidak kerja kerajaan


Kalau ikut logik jurusan yang saya ambil, sekarang saya dah sepatutnya bekerja di mana-mana jabatan kerajaan dan pakai baju formal hari-hari dengan lencana jata negara di dada kiri serta tag nama di dada kanan.


Tapi hakikatnya, saya berada dalam bidang yang sangat berbeza iaitu pemasaran digital. Bidang pemasaran digital ini tidak berkait terus dengan polisi awam dan birokrasi kerajaan. Kalau tengok sekali imbas, memang nampak macam lari jauh dari apa yang saya belajar dulu.


Soalan yang selalu orang tanya (dan mungkin awak sebagai pembaca atau mungkin pelajar Sains Pentadbiran pun tertanya-tanya): “Normal ke sebenarnya?”


Jawapan jujur: Ya, normal


Ini benda yang saya sendiri nampak bila dah masuk dunia kerja.


Ramai je kawan-kawan, kenalan-kenalan, senior-senior saya:

  • Kerja dalam bidang HR, procurement, finance
  • Kerja dalam bidang insurans
  • Kerja dalam bidang pemasaran
  • Kerja dalam bidang jualan
  • Kerja dalam bidang khidmat pelanggan


Dan mereka semua datang dari latar belakang yang sama iaitu Sains Pentadbiran atau Pentadbiran Awam.


Maknanya apa? Jurusan Pentadbiran Awam / Sains Pentadbiran ni versatil. Macam-macam jurusan boleh masuk. Jurusan ini tidak “lock” kita kepada satu laluan sahaja.


Kenapa ramai tak kerja kerajaan?


Saya percaya ramai je daripada kami yang belajar dalam bidang ni, berminat nak kerja dengan kerajaan. Yelah, kita dah belajar bidang ni. Subjek utama pun semuanya mesti sentuh pasal kerajaan, polisi, politik... Jadi, mestilah kita tak nak ilmu itu dibazirkan begitu sahaja. Cumanya, nak kerja kerajaan tidaklah semudah yang disangka. Berikut adalah faktor-faktor yang menyumbang kenapa ramai tak dapat nak bekerja dengan kerajaan:


1. Peluang pekerjaan terhad

Nak masuk kerajaan bukan semudah hantar resume terus dapat. Ada macam-macam peringkat perlu lalui iaitu:

  • Permohonan pekerjaan melalui SPA dan lain-lain
  • Ujian dalam talian
  • Temuduga. Mungkin lebih dari satu.
  • Andai kata dapat kerja, mungkin kita masuk dalam slot simpanan.


Proses ni biasanya ambil masa yang lama. Dan.. Yang mohon kerja dengan kerajaan bukannya sikit. Bukan puluh-puluh, tapi lebih kepada ratus ke ribuan orang. Peluang pekerjaan pula terhad.


2. Minat Berubah

Masa belajar, mungkin kita fikir nak kerja kerajaan.

Tapi bila dah expose dengan dunia luar seperti:

  • Lalui fasa internship
  • Buat kerja part-time
  • Buat networking semasa kerja, event


Minat tu boleh berubah.


3. Dunia kerja lebih luas dari yang kita bayangkan


Masa belajar, kita nampak pilihan macam terhad.

Tapi bila dah grad, baru nampak:

  • MNC
  • Corporate
  • SME
  • Startup
  • NGO


Semua ni buka peluang yang kita tak pernah fikir pun sebelum ni.


4. Dah masuk dunia kerja swasta, susah nak restart kerja baharu


Ini antara point yang paling utama juga sebenarnya.


Bila dah mula kerja dalam sektor swasta, dan dah ada pengalaman dalam satu bidang contohnya HR, admin, marketing, kita dah mula bina:

  • Pengalaman
  • Skill
  • Gaji


Nak tukar ke laluan lain, especially masuk kerajaan, bukan mustahil… tapi bukan mudah juga.


Kadang-kadang kena:

  • mula balik dari bawah
  • tunggu proses yang lama
  • atau terima hakikat gaji mungkin lebih rendah dari apa kita dah dapat


Jadi ramai yang akhirnya pilih untuk terus berkembang dalam bidang yang mereka dah mula.


Bukan sebab tak boleh masuk kerajaan, tapi sebab cost untuk tukar arah tu agak tinggi.


Jadi… rugi ke belajar Sains Pentadbiran?


Soalan ni penting.


Jawapan saya: tak rugi.


Walaupun saya tak kerja kerajaan, banyak benda yang saya belajar masih saya guna sampai hari ini.


Contohnya:

  • Cara fikir secara sistematik
  • Faham struktur organisasi
  • Cara buat analisis & keputusan
  • Communication dalam organisasi


Benda ni semua sebenarnya applicable dalam banyak bidang termasuk apa yang saya buat sekarang iaitu bidang digital marketing.


Selain daripada jurusan yang kita ambil, apa kita buat lepas graduate juga memainkan peranan penting untuk memberi hala tuju dalam kerjaya kita.


Lepas grad:

  • Skill apa kita tambah?
  • Experience apa kita cari?
  • Macam mana kita adapt?


Itu yang tentukan arah kerjaya kita. Life is full of mysteries. Along the way, kita pasti akan melalui fasa pertukaran kerjaya. Mungkin masuk kerajaan, mungkin tidak. Apa yang penting, kita terus perbaiki mutu kerja kita dan pastikan ada hala tuju kerjaya.


Penutup


Belajar Sains Pentadbiran tak bermaksud awak mesti kerja kerajaan.


Dan tak kerja kerajaan pula bukan bermaksud awak gagal.


Kadang-kadang, jalan yang kita ambil tu memang tak sama macam yang kita bayangkan masa awal-awal dulu.


Tapi itu tak bermaksud salah. Itu cuma realiti. Dan ini adalah normal.


Sekian, terima kasih.


Ahmad Azeem bin Ahmad Raslan (AZAR)

Alumni Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM


#Azaraslan #FSPPP #SiriPentadbiranAwam

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Baju Hujan Tahan Lasak Kalis Air

Maxtag Touch N Go Smart Tag Holder