Shopee


 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Salam 1 November 2026.

Lama betul rasanya saya tak menulis di blog sendiri. Entri terakhir saya tulis ialah pada awal bulan Ogos yang lalu, berkenaan "Kenapa PRN Diadakan Pada Musim Bukan PRU?". Sekarang dah masuk bulan November. Hampir tiga bulan juga blog ini tidak menerima sebarang kemas kini baharu. Tahun ini saya berjaya tulis 16 artikel sahaja (setakat 1 November 2026) berbanding dengan tahun 2025 (ada 46 artikel). Tapi.. Tidak mengapa. Lebih baik ada daripada tiada langsung.

Saya ni bukan tiada cerita untuk dikongsikan. Banyak je sebenarnya. Cumanya, banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Kekangan kerja yang menggunung adalah antara faktor utama yang mengakibatkan masa agak terhad untuk menulaskan hobi ini dan kadang kala apabila terlalu sibuk dengan rutin harian, hasrat untuk menulis itu terpaksa ditangguhkan. Maklumlah, siang kerja, malam balik rumah, uruskan hal rumah pula.

Walaupun dalam fikiran kata nak menulis bila balik rumah, tapi hakikatnya bila balik, makan, solat, tahu-tahu mata pun dah kuyu sebab penat.

Apapun... Blog ini sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya lebih daripada 10 tahun. To be exact, sejak 2014 macam tu. Jadi.. Sayang la jika dibiarkan begitu sahaja. Blog ini lah tempat saya menukilkan pelbagai cerita dan perkongsian pengalaman sebagai mahasiswa, kehidupan di universiti, perjalanan kerjaya, permotoran dan macam-macam lagi.

Jadi, saya cuba kembali menulis, satu demi satu.

Semoga ada lagi cerita dan perkongsian bermanfaat yang boleh saya abadikan di sini. Semoga bulan November 2026 ini lebih baik dari bulan sebelumnya.

InsyaAllah.

#Azaraslan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Baju Hujan Tahan Lasak Kalis Air

Maxtag Touch N Go Smart Tag Holder