Hygiene Kit Distribution





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

BSMM VAD 44 Shah Alam telah menjalankan Program Hygiene Awareness & Hygiene Kit Distribution pada pagi Ahad (20 Disember 2020), bertempat di Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam.

Kehadiran BSMM VAD 44 Shah Alam di pasar ini adalah untuk mengajar dan memberi kesedaran kepada orang awam dan peniaga mengenai kebersihan melalui teknik membasuh tangan menggunakan hand sanitiser / sabun dengan cara yang betul, sebagai langkah berjaga-jaga dalam menangkis wabak COVID-19.

Kami juga turut mengagihkan kit kebersihan (hygiene kit) merangkumi brosur teknik basuh tangan, hand sanitiser dan face mask kepada petugas, peniaga, pekerja pasar.

Program ini juga disantuni dengan kehadiran Puan Fida Viantymala (Fida Sakdin), Ahli Majlis MPP ZON 1 Majlis Bandaraya Shah Alam, yang turut sama-sama mengagihkan hygiene kit.

Program ini disambut baik oleh pengunjung, peniaga, petugas dan pekerja pasar.
Terima kasih diucapkan kepada pihak penyumbang. Tanpa sumbangan anda, kami mungkin tidak dapat menjalankan program ini.

Terima kasih juga kepada Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Pasar Moden Seksyen 6, Kapten ( Ismail Khan dan barisan AJK atas kerjasama usaha murni ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, secara langsung dan tidak langsung.

Sekian, terima kasih.







Catat Ulasan

0 Ulasan