COVID-19: Cerita di CAC Stadium Malawati Shah Alam



Cerita hari ini. 25/5/2021.

Saya diminta untuk menghadirkan diri ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) di Stadium Malawati Shah Alam jam 9.00 pagi hari ini. Saya selesai jam 2.00 petang.

Sebelum datang sini, semalam Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling sudah beri pemakluman untuk kita packing baju semua siap-siap seandainya kena masuk wad.

Waktu menunggu ni pun, ada kes emergency yang berlaku. Patient memerlukan bantuan pernafasan. Naik ambulans terus.

Setelah menunggu selama 5 jam (dari luar stadium -> kaunter pendaftaran -> kaunter pemeriksaan vital sign -> kaunter pemeriksaan doktor -> kaunter HTO), akhirnya saya diberi gelang pink.

Gelang pink diberikan sebagai arahan untuk menjalani rawatan di rumah ataupun kuarantin di rumah sehingga 29/5/2021.

Asalnya kena kuarantin di MAEPS Serdang, tapi katil tak cukup. Tengok lah kes harini, pecah panggung lagi. Kena dahulukan yang lebih memerlukan bantuan.

Sepatutnya esok giliran saya untuk mendapatkan suntikan vaksin Astra Zeneca namun tiada rezeki saya.

InsyaAllah ada hikmah untuk semua perkara yang berlaku.

Saya masih bergejala lagi. Mostly gejala ringan.

Tak sabar nak pulih semula. Biasa aktif, bekerja, buat kerja sukarela, sekali terkurung dalam bilik, memang rasa lemas.

Doakan yang baik2.

Terima kasih kepada frontliners atas pengorbanan dan jasa kepada negara.

-----

Untuk pengetahuan semua, CAC berperanan untuk mengenal pasti pesakit yang sesuai untuk dipantau di rumah. Petugas CAC kemudian akan memantau dan menilai pesakit di rumah menggunakan Home Assessment Tool (HAT). Pasukan CAC juga akan bertindak mengenal pasti dan menilai pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk. CAC juga akan mengenal pasti pesakit yang memerlukan rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) atau hospital iaitu pesakit Kategori 1 & 2 yang tidak sesuai untuk ditempatkan dan tidak sesuai dipantau dari rumah. CAC juga berfungsi untuk menyelaras rujukan dari klinik kesihatan ke PKRC atau ke hospital.

Catat Ulasan

0 Ulasan