COVID-19: Saya Sudah Tamat Kuarantin



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Untuk makluman, saya dah potong gelang pink pada hari Sabtu, 29/5/2021. Doktor di CAC dah check, saya still ada gejala ringan (sakit kepala + selsema + sakit tekak) tapi gejala ni dah beransur pulih. Kadang-kadang datang dan pergi.

Sungguhpun begitu, saki baki virus COVID-19 masih ada dalam badan saya untuk jangka masa sebulan dua. Tiga bulan paling lama (mungkin). Namun virus ini telah lemah dan tidak mampu menjangkiti orang lain.

Virus ini jadi lemah sebab kita kuarantin di rumah selama 10 hari tanpa ada physical contact. Sebab itulah pentingnya kuarantin untuk break the virus chain. Saya kuarantin 19/5/2021 - 29/5/2021.

Selain itu, untuk hal vaksin pula, saya tak boleh ambil vaksin dalam masa terdekat. Saya kena tunggu tiga bulan dari tarikh akhir kuarantin. Hal ini demikian kerana virus masih ada lagi dalam badan. Pendek kata, saya mungkin akan ambil vaksin pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September 2021.

Manakala untuk swab test pula, saya tidak akan buat swab test dalam waktu terdekat sebab kalau buat swab test, high chances bahawa keputusan akan positif juga.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Saya amat menghargainya.
Untuk makluman lain juga, Sarah Mokhtar juga telah tamat kuarantin di MAEPS Serdang pada 23/5. Lama sikit kuarantin di sana sebab gejala agak teruk. Sekarang Sarah berada di rumahnya. Sarah juga masih ada gejala dan ada side effects yang teruk disebabkan COVID-19.

Ingin saya maklumkan bahawa virus COVID-19 ini benar. Gejala yang saya lalui semuanya benar. Side effects yang saya rasa sekarang ni pun benar.

Stay safe semua. Amalkan SOP yang ditetapkan. Virus ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja.

Sekian, harap maklum.

*Surat pelepasan (rujuk gambar) tulis saya kuarantin 25/5 sebab itu adalah hari saya dipanggil ke CAC untuk pemeriksaan doktor. Kuarantin saya bermula pada 19/5, hari yang sama saya buat swab test.

Catat Ulasan

0 Ulasan