Pengajaran Daripada Kes Christian Eriksen: Ilmu CPR Itu Penting



Kita semua digemparkan dengan kes Christian Eriksen, di mana beliau rebah semalam sewaktu perlawanan antara Denmark dan Finland untuk Piala Euro 2020. Beliau diberikan rawatan cardiopulmary resustication (CPR) serta merta oleh pasukan medik yang ada. Selain itu, pemain senegara, Simon Kjaer dan Kasper Schmeichel turut memberikan sokongan moral kepada isteri Eriksen yang berada di tepi padang.

Dengan izin Tuhan, beliau sedar, selamat dan dibawa ke hospital berdekatan. Beliau juga kini dilaporkan stabil.

Berdasarkan kejadian ini, kita kena sentiasa bersedia dengan ilmu rawatan CPR.

Kenapa kena bersedia? Sebab malang tak berbau. Benda macam ni boleh jadi bila-bila masa. Tak ada siapa-siapa pun sangka Christian Eriksen nak rebah dekat atas padang.
Bayangkan jika orang tersayang rebah depan mata, tak bernafas, takkan nak duduk diam je kan?

Kena ingat satu perkara, sekiranya seseorang itu terhenti pernafasannya, individu tersebut hanya mempunyai 10 minit sahaja sebelum dia betul-betul meninggal (jantung berhenti dan kematian otak). 1 minit bersamaan 10%, 10 minit bermaksud 100%. Jika kita tak buat CPR dalam tempoh 10 minit tu, maka tiada harapan lagi buat si dia.

Berikut adalah pecahan untuk 10 minit tanpa oksigen:
-4 minit pertama, permanent brain damage bermula.
-Minit ke-8/9, severe permanent brain damage akan terjadi.
-Selepas 10 minit, kebarangkalian tinggi tiada nyawa lagi.

Nak tunggu ambulans datang? Ambulans agak mustahil untuk sampai dalam masa 10 minit. Kalau ambulans betul-betul dekat dengan rumah, mungkin sempat. Kalau kawasan jauh dengan pusat kesihatan? Macam mana? Ambulans kebiasaannya mengambil masa 30-45 minit untuk sampai ke tempat kejadian.

Sebab tu la, kita perlu beri rawatan awal. Kita adalah first aider.

Oleh itu, anda dah ada ilmu CPR ke? Jika belum, belajarlah. Untuk kebaikan anda juga.
Boleh tonton video ringkas di sini:
CPR Untuk Orang Dewasa (Keadaan Biasa)
*Untuk garis panduan COVID-19, boleh rujuk gambar yang saya share dalam post ni.

Rawatan CPR untuk kanak-kanak dan bayi

Rawatan CPR untuk orang dewasa




Jika belum clear lagi, boleh join mana-mana kelas CPR yang bertauliah. Ada banyak badan beruniform, agensi, syarikat, persatuan yang menawarkan kelas sebegini. Antaranya ialah Malaysian Red Crescent.

Sekiranya tak ada bajet, tak apa. Boleh sahaja belajar secara online. Sekurang-kurangnya ada gambaran apa perlu dibuat. Belajar daripada video YouTube atau join free course.
Antara contoh course free ialah di sini:

Saya pun pernah try course ni. Modul dia bagus dan senang difahami. Cuma tak ada sijil yang menyatakan anda certified la. Nak certified kena turun kursus berbayar dan kursus bertauliah.

Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Sekali lagi, CPR patut diketahui oleh semua. Tolong buang tanggapan "CPR hanya perlu diketahui oleh pasukan kesihatan" semata.

Catat Ulasan

0 Ulasan