CGPA Atau Skill, Mana Lebih Penting Untuk Kerjaya?



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Semoga semua baik-baik sahaja, dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan, dikurniakan rezeki melimpah-ruah dan diberikan kejayaan di dunia dan di akhirat.


Kali ini saya ingin berkongsi mengenai satu tajuk yang sering kali dikatakan dalam kalangan golongan mahasiswa dan profesional iaitu CGPA atau skill untuk kerjaya.

Antara CGPA atau skill, mana lebih penting? Ada yang kata, CGPA lebih penting dari skills. Ada yang kata sebaliknya. So, mana satu sebenarnya?

Apa yang saya akan cakap ini adalah berdasarkan pembacaan saya, pengalaman yang saya lalui dan pengalaman yang dilalui oleh kawan-kawan saya. Saya cantumkan dan membuat satu ulasan.

Okay jom kita mulakan!


-----


Soalan cepumas: Antara CGPA atau skill, mana lebih penting?

Jawapan: DUA-DUA PENTING!

Nampak macam jawapan atas pagar atau jawapan selamat kan? Sebenarnya, tidak. CGPA dan skill ada hujahnya yang tersendiri. Saya akan terangkan satu per satu supaya masing-masing nampak kepentingannya.


Kenapa CGPA penting untuk kerjaya?

Setiap organisasi telah menetapkan kriteria minimum untuk sesuatu kerjaya. Perkara ini termasuklah CGPA.

01. Sebagai seorang pelajar, peranan utamanya ialah untuk menuntut ilmu. Maka tuntutlah ilmu sehabis baik dalam apa jua jurusan yang diceburi.

02. Institut Pengajian Tinggi (IPT) mengukur prestasi pelajar melalui GPA (Grade Performance Indicator) atau CGPA (Cumulative Grade Performance Indicator). Maka anda sebagai seorang pelajar, anda kena pastikan GPA / CGPA terjaga.

03. CGPA amat memainkan peranan penting untuk anda dapat kerja selepas tamat pengajian. Sebab anda adalah fresh graduate. You don't have much working experience, so you need to prove a point that you possess the skills needed by the company. One of it is by having a good CGPA result and skills (you can gain from joining society, NGOs etc)

04. Kebanyakan syarikat akan melihat CGPA terlebih dahulu untuk membuat saringan awal dan saringan temuduga. Makna kata, CGPA ni adalah gambaran awal mengenai kita. Orang Inggeris kata, first impression.

05. CGPA akan diletakkan dalam resume dan borang isi kerja. CGPA yang bagus akan meningkatkan kebarangkalian resume untuk menjadi tiket dapat temuduga.

06. Jika anda gagal dapatkan CGPA yang bagus atau gagal capai CGPA minimum dalam jurusan anda, bakal majikan mungkin akan membuat andaian negatif mengenai anda. Ibarat, "kalau belajar pun result macam ni, macam mana nak buat kerja?".

07. Andai kata anda berjaya dapat CGPA minimum untuk memenuhi kriteria kerjaya, anda tetap kena ingat bahawa anda kena bersaing dengan ratusan pencari kerja yang mempunyai CGPA lebih tinggi dari anda. Sebab itulah kita perlu buat sehabis baik untuk pastikan CGPA bagus.

Disebabkan perkara inilah, CGPA itu amat penting untuk kerjaya.


Okay jom kita beralih ke point seterusnya iaitu skill.


Kenapa skill penting untuk kerjaya?

01. Skill atau kemahiran amat penting dalam memastikan anda boleh buat kerja. Kita tidak mahu jadi mahasiswa yang hanya skor atas kertas peperiksaan sahaja. The world needs problem solvers, think tankers, reliable workers, not solely mark-getters / top scorers. Kita tak nak cari tukang hafal teori semata-mata.

02. Bercakap tentang kemahiran, zaman modenisasi ini memerlukan mahasiswa / semua golongan untuk mempunyai pelbagai kemahiran dalam soft skill dan hard skill. Soft skill adalah skill seperti komunikasi, pembentangan, cara urus emosi, cara urus masa dan sebagainya. Hard skill adalah skill teknikal seperti penggunaan software Adobe Photoshop, AutoCAD dan lain-lain.

03. Hard skill sahaja tidak menjamin pekerjaan. Soft skill needs to come into picture too. Ilmu soft skill dan hard skill itu penting untuk kita belajar, untuk kita ni menjadi pelajar yang ada nilai tambah. Sekiranya ada 100 pelajar dapat 4.00 CGPA termasuk kita, apa yang membezakan kita dengan mereka? Nilai tambah.

04. "Your hard skills help you acquire employment and your soft skills help you ensure your employability. Hence, integrate hard and soft skills to fast-track your career" - Professor M.S Rao

05. "Kemahiran berkomunikasi ialah antara elemen utama dituntut dalam hampir kesemua jenis pekerjaan bagi mereka yang makan gaji mahupun bergelar bos perniagaan sendiri" (Berita Harian, 2016)


Kenapa manager pentingkan skills, tetapi waktu recruit, mereka lihat CGPA (especially for fresh graduate)?

Logiknya ialah:

01. Recruiter menerima beratus, malah beribu permohonan dalam satu-satu masa. Recruiter ni ada banyak kerja, bukan sekadar nak uruskan application sahaja.

02. Apabila ada banyak sangat permohonan, recruiter akan buat candidate resume and profile screening. Perkara yang mengesahkan anda ni memang perform waktu belajar ialah dengan melihat CGPA. CGPA ni adalah first impression untuk calon.

03. Jika anda kata anda ada skills dalam bidang-bidang tertentu, anda perlu buktikan perkara tersebut dengan artwork, portfolio anda. Lebih baik lagi jika anda dapat buktikan melalui sijil-sijil yang berkaitan dengan skills anda. Maksudnya, anda buktikan bahawa skills anda memang diiktiraf oleh badan-badan tertentu. Benda ni tak semua orang ada, tapi CGPA tu dah jadi tiket kita yang sah.

04. Majikan mungkin boleh pertimbangkan untuk cari orang yang mempunyai skill set, tapi benda tu akan ambil masa yang lama berbanding anda buat filtering melalui CGPA.

05. Disebabkan ini jugalah kita perlu perkasakan CGPA dan pada masa sama perkasakan skills kita. Lebih bagus jika kita boleh dapatkan sijil atau kursus yang mengesahkan skills kita (sama ada kursus / sijil / latihan percuma atau berbayar).


KESIMPULAN

01. CGPA dan skill perlu bergerak selari. Kalau skor CGPA sahaja, anda susah dapat kerja. Kalau anda hanya ada skills sahaja pun, susah dapat kerja. Kalau dua-dua skor, adalah sinar dan kelebihan untuk dapat kerja. Cuma, zaman sekarang memang susah cari kerja. Boleh baca pengalaman saya di sini : https://www.azaraslan.com/2020/03/kini-bukan-lagi-pengganggur.html. Memang betul rezeki Tuhan beri, tapi Tuhan juga menuntut kita untuk berusaha. Man jada wajada = Siapa berusaha, dia berjaya.

02. PUTRAJAYA: Bilangan penganggur pada Ogos 2022 terus berkurang kepada 612,000 orang berbanding dengan 620,700 orang pada Julai 2022, manakala kadar pengangguran kekal pada 3.7 peratus (Berita Harian, 2022).

03. Kenyataan di atas menunjukkan perubahan positif terhadap negara, namun kita tak boleh terlalu selesa sebab kita perlu fight / bersaing dengan 612,000 penganggur untuk dapat kerja.

04. "Kita perlu memposisikan diri sendiri. Graduan kena mahir pelbagai bidang, kena pandai dan menguasai pelbagai perkara. Kalau tidak macam mana graduan mahu bertahan di luar sana?", kata Safina Yaakob, CEO Future Forest Sdn Bhd dalam akhbar Sinar Harian, 2017.

05. CGPA sangat penting untuk entry level / fresh graduate. Skills pula akan memainkan peranan penting untuk maju dalam kerjaya, bertahan dalam industri. Jika kita dah ada dalam industri, CGPA akan menjadi syarat pelengkap.


-----


Mana-mana yang sedang cari tips untuk internship, boleh baca entri saya yang ni:

Tips Sebelum Intern: https://www.azaraslan.com/2021/10/persediaan-tips-sebelum-menjalani.html

Tips Semasa Intern: https://www.azaraslan.com/2021/11/internship-series-tips-semasa-menjalani.html

Tips Lepas Tamat Intern: https://www.azaraslan.com/2022/07/internship-series-tips-tindakan-selepas.html


Sekian sahaja sedikit sebanyak pandangan saya mengenai CGPA dan skills. Mohon maaf atas kekurangan. Terima kasih ya. Boleh kongsikan kepada orang ramai. Semoga bermanfaat!


#azaraslan

Catat Ulasan

0 Ulasan